Selama 12 Tahun, Baru Filem Ni Siap Ditayangkan

Sembang, ZAP, ZeKool

Buat masa ni, filem yang memegang rekod paling lama untuk disiapkan sebelum ditayangkan kepada umum adalah filem animasi The Thief and the Cobbler yang memulakan proses pembikinan sejak tahun 1964 sehingga ditayangkan pada tahun 1993. Filem The Thief and the Cobbler memerlukan masa selama 29 tahun untuk siap disebabkan masalah dana dan proses pembuatan animasi yang rumit.

Tapi, berbeza dengan sebuah lagi filem bertajuk Boyhood, proses pembikinan mengambil masa selama 12 tahun untuk siap ditayangkan disebabkan pengarah, Richard Linklater nak tunjukkan kepada penonton secara realistik perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki yang membesar, menempuh pelbagai dugaan dan ujian hidup sehingga menjadi seorang lelaki dewasa. Filem Boyhood memulakan proses pembikinan sejak tahun 2001 sehingga tahun 2013, ditayangkan pada tahun 2014. Kalau ada yang tak berapa kenal hasil karya Richard Linklater sebagai seorang pengarah, Richard Linklater pernah mengarahkan filem School of Rock yang menampilkan Jack Black sebagai pelakon utama, ditayangkan pada tahun 2003.

Filem Boyhood mengisahkan tentang perjalanan hidup Mason Evans Jr., berumur 6 tahun, dilakonkan oleh Ellar Coltrane yang membesar bersama ibu bapa yang dah bercerai dan seorang kakak, menghadapi pelbagai cabaran hidup termasuk lah hidup berpindah-randah, hanya berpeluang untuk jumpa bapa sekali-sekala, dibuli di sekolah, hidup bersama keluarga tiri selepas ibunya berkahwin dengan suami baru dan mula berkeinginan untuk bercinta. Proses pembikinan filem Boyhood bermula sejak Ellar Coltrane berumur 6 tahun sehingga berumur 18 tahun. Kat dalam filem Boyhood ni, korang sendiri boleh nampak perubahan fizikal yang berlaku kepada Ellar Coltrane yang memegang watak sebagai Mason Evans Jr. Daripada kanak-kanak yang hanya suka bermain, berubah menjadi kanak-kanak yang chubby, cukup makan dan minum, sehingga lah menjadi lelaki dewasa yang mempunyai jambang dan berani mencuba macam-macam benda baru termasuk lah bercinta dan menggunakan dadah.

Pada awalnya, filem ni sepatutnya menggunakan tajuk 12 Years untuk menunjukkan kepada penonton yang filem ni berlaku selama 12 tahun, menceritakan tentang perjalanan hidup seorang kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga berumur 18 tahun. Tapi disebabkan sebuah lagi filem lain yang bertajuk 12 Years a Slave ditayangkan pada tahun 2013, pihak produksi bersetuju sebulat suara untuk menukarkan nama filem 12 Years kepada Boyhood.

Kalau tengok review yang diluahkan oleh pengkritik-pengkritik filem, boleh tahan juga filem Boyhood ni. Yang tak pernah dengar pasal filem ni atau tak pernah tengok, mungkin filem Boyhood ni salah satu filem yang korang wajib tonton. Filem Boyhood juga pernah menang macam-macam anugerah ternama antaranya anugerah Best Supporting Actress yang dimenangi oleh Patricia Arquette di Academy Awards 2015 dan anugerah Best Motion Picture – Drama, Best Director, Best Supporting Actress di Golden Globe Award 2015.

KATALAKI: Malang sekali, filem Boyhood takde kat Netflix. Gunakan lah kepakaran korang untuk cari cara kalau nak tonton filem ni okeh.

Last modified: 21 August 2020