Selamat Berkenalan UEFA Nations League!

Aktif, Bola

Sebenarnya ramai lagi yang tak berapa faham pasal UEFA Nations League kan? Tiba-tiba je tahu Switzerland, Belanda, Portugal dan England dah masuk final.

Apa Benda UEFA Nations League Ni Sebenarnya?

Tahun ni ialah tahun pertama UEFA Nations League diadakan untuk pasukan bola sepak negara-negara eropah. Tujuan wujudnya UEFA Nations League ni sebenarnya ialah salah satu cara untuk UEFA menjaga kredibiliti dan memberi persaingan sengit antara pasukan bola sepak negara eropah. UEFA juga nak elakkan pasukan bola sepak negara eropah mengadakan persabahatan yang dianggap membuang masa sebelum ni.

Trofi UEFA Nations League

Macam Mana Format Perlawanan UEFA Nations League?

Dah nama pun UEFA kan. Dah tentu hanya negara eropah yang merupakan ahli UEFA sahaja yang terlibat dalam UEFA Nations League ni. Korang jangan mengada nak cari Messi lak dalam tournament ni.

Dalam UEFA Nations League dibahagikan kepada empat liga, Liga A,B,C dan D. Negara yang mempunyai UEFA Coefficients Ranking tertinggi akan masuk ke Liga A diikuti Liga B, Liga C dan Liga D yang paling terendah.

UEFA Coefficients Ranking tu ialah point yang dikumpul oleh setiap negara di bawah UEFA melalui kejohanan yang disertai di peringkat negara atau pun kelab mengikut pencapaian negara masing-masing. Ini termasuk lah ranking skuad negara dalam FIFA, UEFA Champions League, UEFA Europa League dan lain-lain. Ini senarai negara mengikut UEFA Coefficients Ranking yang menentukan negara mana yang akan masuk ke dalam Liga A,B,C atau D.

Bawah ni pula senarai masa undian untuk tentukan negara yang dah layak ke setiap liga, akan masuk ke group yang mana untuk setiap liga A,B,C dan D.

So, lepas melalui proses undian, maka terhasil lah group A1,A2,A3 dan A4 dalam Liga A dan seterusnya untuk Liga B,C dan D macam kat bawah ni.

Juara untuk setiap group dalam liga A, Switzerland, Belanda, Portugal dan England akan bermain di separuh akhir dan final nanti. Team mana bertemu team mana belum confirm lagi. Kena tunggu masa hari undian yang dijadualkan pada 3 Disember 2018. Juara untuk setiap group dalam liga B pula, akan di promote naik ke liga A dan seterusnya juga untuk juara liga C dan D.

Kalau dah ada team yang di promote naik, mesti ada juga team yang disingkirkan kan? Empat pasukan terbawah dalam setiap group dalam liga A, akan tersingkir ke liga B. Begitu juga seterusnya untuk team tercorot dalam liga B,C dan D.

Berapa Lama Tempoh Perlawanan UEFA Nations League?

Perlawanan untuk peringkat kumpulan dah bermula sejak September 2018 hari tu sehinggalah 21 November 2018 yang lepas. Perlawanan separuh akhir dan final akan diadakan pada 5 dan 9 Jun 2019.

Harap-harap setakat ni korang dah boleh faham macam mana UEFA Nations League ni berfungsi. UEFA Nations League juga memberi kesan untuk kelayakan EURO 2020 nanti. Yang tu agak tricky sikit. Takut korang too much info masuk dalam otak. Nanti dah nak dekat EURO 2020 kami explain pula pasal tu okehh!

KATALAKI: Team mana yang korang rasa boleh menang nanti? Switzerland, Belanda, Portugal atau England?

Last modified: 22 November 2018