Selamat Tinggal Wayne Rooney!

Aktif, Bola

Sumber : Getty

Awal pagi Jumaat, 16 November tadi, merupakan penampilan terakhir Wayne Rooney sebagai pemain yang menyarung jersi kebangsaan England. England yang berjaya tewaskan Amerika Syarikat dengan jaringan 3-0 di Wembley, memberikan penghormatan terakhir Rooney bersama pasukan England yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-58 di separuh masa kedua.

Rooney juga merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak dengan 53 gol dalam 120 penampilan bersama England dan masih lagi  memegang rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester United dengan 253 gol dalam 559 penampilan.

Artikel kali ni kita nak tengok balik siapa Wayne Rooney sepanjang beraksi bersama pasukan England.

Rooney Nyaris Bermain Untuk Republic Of Ireland

Masa Rooney berumur 16 tahun, Rooney pernah ditawarkan untuk bermain bersama Republic Of Ireland sebab datuk dan nenek Rooney ada kerakyatan Republic Of Ireland. Tapi ditolak oleh Rooney sebab Rooney lebih bangga dan bersemangat untuk berbakti kepada negara kelahirannya. Rooney juga pernah mengesahkan perkara ni ketika ditemubual oleh The Guardian.

Sumber : The Guardian

Penampilan pertama Wayne Rooney bersama England ialah pada 12 Februari 2003 menentang pasukan Australia ketika berumur 17 tahun. Masa tu Rooney memecah rekod pemain termuda yang pernah mewakili pasukan England. Gol pertama yang dijaringkan oleh Rooney ialah pada 6 September 2003 ketika menentang pasukan Macedonia.

Rooney Si Kaki Baran

Sepanjang beraksi bersama England, ada beberapa insiden yang melibatkan Rooney dan pemain lain sehingga Rooney dicop sebagai pemain bola yang panas baran. Kali pertama Rooney terlibat dalam salah faham semasa perlawanan ialah pada Piala Dunia 2006, perlawanan menentang pasukan Portugal. Rooney dilayangkan kad merah selepas dipersalahkan sebab sengaja memijak tel*r Ricardo Carvalho. Ouch!

Rooney sekali lagi dilayangkan kad merah masa perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang pasukan Montenegro selepas sengaja menendang Miodrag Džudović yang cuba merebut bola daripada Rooney. Hasilnya, Rooney digantung 2 perlawanan antarabangsa oleh UEFA.

Iklan Terpampang Muka Rooney

Populariti yang dimiliki oleh pemain bola sebenarnya membantu dorang juga untuk dapat duit beribu-riban dengan menjadi duta iklan untuk jenama-jenama besar di dunia. Rooney juga antara pemain bola yang mendapat income tertinggi daripada iklan-iklan jenama besar antaranya Nike, Nokia, Ford dan Coca-Cola. Rooney juga pernah jadi front cover untuk siri permainan video FIFA 06 sehingga FIFA 12.

Rooney Sebenarnya Tweetfemes

Sumber : Getty

Pada Oktober 2014, Rooney merupakan pemain bola sepak England pertama yang ada 10 juta followers di Twitter. Sehingga kini, Rooney ada 16.9 juta followers di Twitter @WayneRooney.

Jom kita tengok antara ucapan yang diterima oleh Rooney di Twitter, lepas Rooney buat penampilan terakhir bersama pasukan England. Choww The Legendary Wazza!

KATALAKI: Siapa yang ada jersi England siap ada nama Rooney memang rare!

Last modified: 19 November 2018