Selangor Cyber Games Kembali!

Game, Tech

Selangor Cyber Games kini telah kembali semula pada tahun ini dan akan diadakan di Central i-City, Shah Alam, Selangor pada bulan hadapan iaitu 26 dan 27 Oktober 2019. Acara yang berlangsung selama dua hari ini akan menyaksikan pelbagai tournament Esports.

Terdapat empat tournament yang akan diadakan dan kita akan dapat melihat Esports players daripada seluruh Malaysia beraksi bagi merebut wang terkumpul sebanyak RM215,000 di dalam empat permainan video popular yang akan dipertandingkan.

Empat permainan video tersebut adalah:

DOTA 2

  • Prize pool yang ditawarkan adalah sebanyak RM30,000
  • 128 pasukan akan bermain secara online pada peringkat kelayakan dan 8 pasukan yang layak akan bermain di Grand Final.

PUBG MOBILE

  • Prize pool yang ditawarkan adalah sebanyak RM100,000
  • 512 pasukan akan bermain secara online pada peringkat kelayakan dan 10 daripada pasukan yang layak akan berjumpa peringkat Grand Final.
  • 6 pasukan jemputan juga akan bertanding dan berentap dengan 10 pasukan yang layak tadi.

FIFA 20 & TEKKEN 7

  • RM55,000 hadiah terkumpul untuk FIFA 20.
  • RM30,000 hadiah terkumpul untuk Tekken 7.
  • 512 orang pemain akan berentap untuk merebut hadiah utama bagi FIFA 20.
  • 128 orang pemain akan berentap untuk merebut hadiah utama bagi Tekken 7.

Tahun 2019 menyaksikan anjuran kali ke-6 oleh penganjur bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Event Team Malaysia dan juga Big Machinez. Bagi yang tidak tahu, Selangor Cyber Games telah bermula sejak daripada tahun 2014 lagi dan ini merupakan acara tahunan bagi MSN Selangor sehingga hari ini.

Anjuran kali ini telah mendapat penajaan daripada Central i-City, Shah Alam sebagai Official Shopping Mall dan Unifi sebagai Official Broadband Provider. Selain itu, acara ini juga mendapat sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Esports Selangor Association (ESS) dan juga Tencent.

Pendaftaran untuk menyertai Selangor Cyber Games 2019 telah pun dibuka dan boleh di akses di website rasmi Selangor Cyber Games di www.selangorcybergames.net. Slot bermain adalah berdasarkan “First Come, First Serve” jadi korang kena cepat-cepat mendaftar ya!

KATALAKI: Kenape takde Mobile Legends? 🙁

Last modified: 25 September 2019