Selebriti² Yang Berlakon ‘Filem Dewasa’ Sebelum Popular

Sembang

Walaupun kedengaran macam pelik, tapi sebenarnya ada beberapa selebriti-selebriti yang terkenal pernah menjadi p***star sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon. Tapi selebriti ni semua dari Hollywood lah. Di negara barat, p***star dan juga pelakon kedua-duanya bekerja dalam bidang yang memerlukan mereka ‘memuaskan’ penonton masing-masing. Jadi mungkin sebab atas dasar kedua-dua kerja itu memerlukan mereka untuk berlakon, selebriti yang dahulunya menjadi pelakon filem lucah mampu untuk bertukar arah menjadi pelakon filem terkenal. Tapi bukan suka-suka ye selebriti ni memulakan kerjaya sebagai p***star. Nak tahu siapakah selebriti-selebriti yang dimaksudkan dan kenapa mereka pernah menjadi p***star, jom baca lebih lanjut. 

SYLVESTER STALLONE

Pelakon yang terkenal dengan siri filem Rocky ini dikatakan pernah mengalami kehidupan yang susah sebelum terkenal, sehingga pernah dilaporkan terpaksa tidur di kaki jalan selepas diusir dari apartmentnya. Jadi bagi menampung kehidupannya waktu itu, beliau melibatkan diri dalam filem dewasa (adult film) yang berjudul ‘The Party at Kitty and Stud’s’ yang mana filem itu kemudian dikeluarkan semula menggunakan judul ‘The Italian Stallone’ Tapi selepas kejayaan siri filem Rocky, kehidupannya berubah dan dia kini menjadi antara pelakon filem Hollywood yang terkenal.

CAMERON DIAZ

Dikatakan Cameron Diaz baru berusia 19 tahun ketika dia melibatkan diri dalam kerjaya seni dengan berlakon dalam video lucah yang ringan (soft-core). Dia mengatakan bahawa dia tidak berbangga dengan permulaan kerjayanya dalam video lucah tersebut dan diminta untuk membayar 3.5 juta USD sekiranya dia mahu video itu dipadamkan. Walau bagaimanapun, kerjaya lakonannya membuahkan hasil selepas kejayaan filem The Mask, My Best Friend’s Wedding dan juga siri filem Charlie’s Angels. 

ARNOLD SCHWARZENEGGER

Selepas menempuhi pelbagai cabaran, pada tahun 1984 nama Arnold Schwarzenegger menjadi sebutan ramai selepas kejayaan filem Terminator. Melalui filem ini, beliau telah menjadi bintang filem Hollywood yang terkenal. Tetapi sebelum kejayaan ini, beliau pernah menjadi model gambar lucah di dalam majalah. Walaupun tak berlakon filem lucah, tapi tetap terlibat dengan majalah ‘dewasa.’ 

JACKIE CHAN

Master Kung Fu Hollywood yang terkenal, Jackie Chan di zaman mudanya pernah terlibat dalam filem lucah Hong Kong. Waktu itu dia memegang watak extra je dalam sebuah filem adult comedy yang berjudul ‘All in the Family’ pada tahun 1975. Jackie Chan merupakan antara pelakon Asia yang berjaya menembusi tembok filem Hollywood dan menjadikan beliau antara nama yang besar di situ. Filem pertama yang menaikkan nama beliau adalah filem ‘Snake in the Eagle’s Shadow’ pada tahun 1978, yang mana filem tersebut telah memperkenalkan beliau sebagai Master Kung Fu komedi.

MATT LE BLANC

Matt Le Blanc memang dikenali sebagai pelakon yang memegang watak Joey dalam siri televisyen Friends. Tapi sebelum beliau menempa populariti, beliau juga merupakan seorang anak seni yang struggle dalam dunia lakonan. Dinyatakan bahawa Le Blanc pernah membintangi beberapa filem lucah ringan (soft p***) sebelum menjadi bintang terkenal. Antara siri soft p*** terkenal yang dibintanginya adalah ‘The Red Shoe Diaries.’ 

KIM KARDASHIAN

Mesti ramai yang tak tahu bagaimana Kim Kardashian ni dengan secara tiba-tiba menjadi terkenal. Padahal tak pernah berlakon dalam filem-filem yang hebat pun. Dalam dunia Hollywood, Kim dilihat antara teman yang rapat dengan Paris Hilton. Waktu tu dia belum terkenal lagi. Tetapi selepas s*x tape dia bersama dengan bekas teman lelakinya tersebar, namanya terus melonjak naik. Walaupun dia bukan lah seorang pelakon filem lucah, disebabkan video lucahnya itu lah yang melonjakkan namanya, dan seterusnya dengan populariti tersebut terhasil lah sebuah siri televisyen ‘Keeping Up With The Kardashians.’

KATALAKI: Sedikit pengajaran yang kita boleh ambil.. fikir masak² sebelum buat sesuatu time muda remaja ni, sebab akan dipikul seumur hidup…

Last modified: 3 August 2020