Selebriti² Yang Pernah Muncul Dalam Iklan Pelik Jepun

Sembang

Negara Jepun memang dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai budaya serta sejarah yang unik. Keunikan negara Jepun sehingga sekarang masih boleh dilihat, dan salah satu cara mereka menonjolkan keunikan mereka adalah melalui media massa. Pernah tak korang nampak iklan-iklan pelik dari Jepun yang memaparkan selebriti-selebriti hollywood? Aku pernah juga ternampak, tapi ingatkan satu atau dua je selebriti hollywood yang pernah berlakon dalam iklan Jepun. Rupanya ramai lagi. So jom layan iklan-iklan pelik dari Jepun yang ada selebriti-selebriti terkenal ni.

NICOLAS CAGE

Dahulunya Nicolas Cage ni merupakan pelakon dalam kategori ‘A-lister,’ iaitu kategori pelakon-pelakon yang top dan mahal. Tapi lepas tahun 2010, popularitinya jatuh merundum. Walau bagaimanapun, di Jepun nama Cage masih lagi gah dan diminati. Bila dah tak popular dekat negara sendiri, Cage pun menjerumuskan diri dalam iklan Jepun yang boleh dikatakan pelik. Syarikat Sankyo mengupahnya untuk berlakon dalam kempen iklan-iklan pelik untuk mempromosi produk syarikat terbabit. Kalau korang tengok video yang di dah cukup pelik, ada lagi beberapa iklan Nicolas Cage bersama Sankyo yang mampu membuatkan penonton bingung.

BEN STILLER

Dalam iklan ini, Ben Stiller dilihat ibarat berada dalam satu mimpi buruk yang pelik. Pelakon yang popular dengan filem Zoolander dan Night At The Museum itu dilihat dikelilingi pasukan sorak pom-pom untuk memperkenalkan minuman terbaru jenama Kirin. Tapi yang menambahkan lagi kepelikan iklan tersebut adalah alih suara Ben Stiller kepada suara orang Jepun. Korang tengok lah sendiri iklan tu.

BRUCE WILLIS

Dikatakan orang Jepun suka betul dengan filem ‘Die Hard’ lakonan Bruce Willis. Di Jepun, filem Die Hard sebenarnya mendapat kutipan yang tinggi, iaitu sebanyak 82 juta USD dan menjadikan filem tersebut sebagai filem nombor satu di Jepun. Jadi mungkin sebab itu Bruce Willis dipanggil untuk membintangi Iklan pelik Jepun seterusnya, dimana korang boleh tengok Bruce Willis jadi Doraemon. Mujur Bruce Willis tidak dipakaikan kostum Doraemon.

ARNOLD SCHWARZENEGGER

Arnold Schwarzenegger adalah seorang pelakon Hollywood yang paling sesuai membintangi iklan-iklan pelik Jepun. Sebabnya bila dia berlakon iklan pelik Jepun, iklan tu dah tak nampak pelik sangat. Jadi banyak juga iklan-iklan pelik dari Jepun yang dibintanginya dan dia telah membuat banyak keuntungan dengan berlakon dalam iklan-iklan Jepun semenjak popularitinya melonjak naik sekitar tahun 1980-an daripada filem Conan the Barbarian dan juga Terminator. Antara iklan pelik Jepun yang dibintanginya adalah seperti iklan Nissin Cup Noodle, Go West Coffee, dan juga iklan energy drink Alinamin V seperti video di atas. Kalau di Jepun, iklan-iklan seperti ini dipanggil Japanese gonzo-style

EDWARD FURLONG

Ingat lagi tak filem ‘Terminator 2’ yang mana kita boleh saksikan Edward Furlong memegang watak sebagai John Connor. Rasanya plot filem Terminator semua berkenaan dengan John Connor yang dikatakan bakal menghancurkan Skynet. Selain Arnold Schwarzenegger, nampaknya bintang muda Terminator ketika itu turut dipanggil untuk membintangi sebuah iklan pelik Jepun. Memang minat betul orang Jepun ni dengan filem Terminator. Dalam iklan tersebut boleh dilihat Furlong menyamar menjadi teko yang diisi air panas, lalu menuangkan air panas ke dalam maggie cup.

TOMMY LEE JONES

Fakta menarik tentang Tommy Lee Jones ni, dikatakan beliau tidak hanya pergi ke Jepun untuk membintangi iklan pelik, tetapi sering berkunjung ke situ secara berkala pada waktu lapang. Nampaknya pelakon yang terkenal dengan filem Men In Black ini benar-benar sukakan kota Kyoto dan pernah dilihat memberi makan rusa liar di Taman Nara (sebuah taman yang terkenal di dunia dan tertua di Jepun). Pada tahun 2006, Jones menjadi wajah utama bagi jenama kopi Jepun iaitu ‘Boss’ dan telah muncul dalam beberapa iklan aneh bagi mempromosikan jenama kopi tersebut. Tapi apa yang aku nampak, iklan ni pelik tapi dalam masa yang sama nampak menarik. 

JUSTIN BIEBER

Justin Bieber sebenarnya telah membuktikan bahawa selebriti-selebriti dari barat yang muncul dalam iklan Jepun bukan lah hanya dilakukan waktu dahulu, tapi sampai sekarang pun selebriti-selebriti dari barat masih digunakan. Melalui iklan daripada syarikat SoftBank, kelihatan Bieber yang berpakaian seperti samurai muncul dan dikelilingi oleh ninja-ninja yang hanya mengambil gambarnya sahaja menggunakan telefon pintar. Sekali tengok memang tak jelas apa yang cuba disampaikan oleh iklan tersebut. Lagi satu iklan Bieber bersama Softbank memaparkan Bieber bersama dengan artis terkenal Jepun, Piko Taro yang terkenal dengan lagu PPAP (Pen Pineapple Apple Pen).

KATALAKI: Memang Jepun ni terkenal dengan benda pelik-pelik sampai iklan diorang pun luar daripada kotak pemikiran.

Last modified: 17 July 2020