Selebriti Paling Berbahaya Di Dunia Online

Tech

Pelakon yang pernah popular dengan filem The Sisterhood of the Traveling Pants (2005) dan drama bersiri Gilmore Girls (2000), Alexis Bledel disenaraikan sebagai selebriti paling berbahaya di dunia online oleh sebuah syarikat keselamatan siber, McAfee selepas kajian yang dibuat mengenai nama selebriti popular yang digunakan untuk memancing pengguna internet supaya terdedah kepada bahaya virus dan laman web yang berniat jahat.

Selain daripada Alexis Bledel, selebriti lain yang turut tersenarai sebagai selebriti paling bahaya di dunia online ialah James Corden, Sophie Turner, Anna Kendrick dan Lupita Nyong’o.

Kajian dan pendedahan yang dilakukan oleh McAfee ni menunjukkan yang penggodam menggunakan sesuatu perkara yang terkini atau trending untuk dijadikan alat penarik kepada pengguna-pengguna internet yang cepat tergoda dengan berita, gambar atau apa-apa yang ada kaitan dengan selebriti tersebut.

Image Via : popsugar.co.uk

Benda pertama yang patut kita buat untuk elakkan diri daripada jadi mangsa penggodam adalah berhati-hati sebelum klik mana-mana laman web. Selalunya, penggodam akan letak gambar yang boleh menarik perhatian pengguna internet bersama link atau pautan ke laman web yang berbahaya. Kalau perkara ni berlaku kat korang, pastikan semak dulu kesahihan berita tersebut di laman web yang lain dan semak gak link yang diletakkan tu sama ada boleh dipercayai atau tak.

Selain daripada digodam melalui pautan ke laman web yang lain, ada gak penggodam yang gunakan fail muat turun sebagai salah satu cara untuk menyebarkan virus. Kita ambil Sophie Turner sebagai contoh. Sophie Turner popular dengan drama bersiri Game of Thrones yang ditayangkan di HBO. Ada pengguna internet yang mengguna Torrent untuk muat turun episod Game of Thrones secara tidak sah. Peluang ni diambil oleh penggodam untuk menyediakan fail Torrent yang menggunakan nama Sophie Turner dan Game of Thrones. Tapi sebenarnya fail tersebut diisi dengan virus-virus bahaya yang boleh menyerang sistem operasi PC atau smartphone korang.

KATALAKI: Kalau korang guna internet dengan betul, tak singgah laman web yang illegal, mungkin korang boleh terselamat daripada digodam.

Last modified: 8 November 2019