Selepas 5 Tahun Baru Flight Mendarat?

Sembang


Kalau 8 tahun yang dulu, kita pernah disajikan dengan TV Series yang berjudul Lost yang mengisahkan tentang kejadian apabila sekumpulan penumpang yang masih hidup setelah kapal terbang mereka terhempas di sebuah pulau misteri.

Jika korang peminat TV Series yang berada dalam kategori American Drama yang berbekalkan dengan kejadian misteri seperti Lost, maka korang kena layan TV series terbaharu yang berjudul Manifest.

LOMPAT LIMA TAHUN

Manifest yang mula dipertontonkan pada 24 September 2018 kira-kira 2 tahun yang lepas merupakan sebuah TV series dibawah saluran NBC. Ianya mengisahkan tentang sekumpulan penumpang penerbangan Montego Air Flight 828 dalam berjalanan dari Jamaica ke New York pada 7 April, 2013 yang mengalami turbulence yang teruk pada kapal terbang ketika dalam perjalanan tersebut dan sebaik sahaja pesawat Flight 828 mendarat di New York, kesemua anak penumpang penerbangan tersebut mendapati bahawa mereka telah mendarat pada 4 November, 2018 iaitu kira-kira lima tahun setengah ke hadapan.

Setiba para penumpang mendarat di lapangan terbang, pihak berkuasa memberitahu bahawa pesawat yang dinaiki mereka telah hilang di udara selama lima tahun setengah dan kesemua penumpang Flight 828 telah disahkan mati.

Ketika para penumpang Flight 828 cuba untuk menghadam kembali diri mereka ke dalam masyarakat pada tahun masa kini, para penumpang mulai terpaksa menghadapi kenyataan bahawa kehidupan mereka dan orang yang mereka sayangi tidak sama seperti sebelumnya. Mereka telah kehilangan sebanyak lima tahun kehidupan mereka.

Namun kejadian misteri yang menimpa para penumpang tersebut menjadi semakin aneh apabila mereka kebanyakkan mereka mula mendengar suara-suara aneh dan mula lihat benda-benda mistik yang mengaitkan mereka dengan antara sama lain.

Siri TV Manifest ini juga mengikut jejak langkah watak utama bernama Michaela Stone yang merupakan seorang detektif berkhidmat untuk Precint 129 NYPD. Michaela yang juga merupakan salah seorang penumpang Flight 828 bersama abangnya, Ben Stone cuba merungkai misteri disebalik kejadian aneh yang menimpa penerbangan Flight 828.

BUKAN INSPIRASI MH370?

Image via: https://meaww.com

Jika ikuti plot serta pembinaan jalan cerita dalam siri TV Manifest ini, ianya sedikit sebanyak mengambil reference seakan seperti kisah kejadian yang sebenar yang pernah terjadi di negara kita iaitu kisah tragedi kehilangan penerbangan MH370.

Namun menurut pencipta dan penerbit eksekutif, Jeff Rake, beliau mengatakan idea jalan cerita untuk Manifest terjadi kira-kira sepuluh tahun yang lepas sebelum berlakunya tragedi MH370.

“Idea jalan cerita tentang kehilangan penerbangan dan mereka melangkah ke masa hadapan tercetus apabila saya bercuti bersama keluarga saya satu dekad yang lalu. Pada ketika itu, saya cadangkan kepada stesen TV, tetapi tiada satu stesen TV pun yang ingin menerbitkan siri TV ini” menurut Jeff Rake selaku orang kuat disebalik siri TV Manifest yang sudah memasuki season kedua.

Walaupun sudah hampir sedekad menyiapkan jalan cerita dan idea asal untuk siri TV Manifest ini, tujuh tahun kemudian setelah munculnya kes tragedi MH370, hasil idea ciptaan Jeff Rake itu seolah-olah mempunyai kaitan dan kena dengan situasi yang terjadi. Daripada situ pihak saluran stesen TV mula berminat untuk merealisasikan siri TV Manifest ini.

“Idea gila yang saya fiikirkan untuk jalan cerita Manifest ini secara tiba-tiba rasa relatable dengan apa yang terjadi maka disitu tercetusnya minat kami untuk menerbitkan siri TV ini. Daripada konteks ini, ianya menarik minat ramai penonton untuk saksikan siri TV ini” kata Jeff Rake selaku penerbit eksekutif Manifest. Season terbaharu siri TV Manifest ini juga merupakan season ketiga dijadualkan akan dikeluarkan pada Januari 2021.

Buat yang nak layan drama dan kisah misteri yang berlaku dalam Manifest ini, korang boleh saksikannya di saluran streaming Hulu. Dekat Netflix takde lagi tau huhuhuhu….

KATALAKI: Makin lama makin misteri juga episod-episod dalam Manifest ni…


Last modified: 21 May 2020