Selepas Greek, Assassin’s Creed Ke Jepun?

Game, Sembang

Assassin’s Creed Odyssey baru dilancar pada awal bulan yang lalu. Siri terbaru Assassin’s Creed ini membawa kita 384 tahun sebelum terjadinya Assassin’s Creed Origin.

Odyssey membawa pemain ke story yang berlatar belakangkan tamadun Greek. Pemain boleh memilih antara dua watak iaitu Alexios dan Kassandra.

Tapi korang tahu tak yang ada ura-ura menyatakan Assassin’s Creed bakal bawak pemain ke tamadun Jepun pulak? Seorang Reddit userDoktahManhattan” telah menemui bukti yang dia claim, Assassin’s Creed mungkin akan ke tamadun jepun pulak selepas Odyssey.

Dia telah menemui satu papan tanda yang terdapat pada Assassin’s Creed 3 yang menunjukkan 3 simbol dari tamadun yang berbeza.

Simbol yang pertama memaparkan Eye Of Horus dari tamadun mesir dan simbol Omega dari tamadun greek. Simbol ketiga yang membuatkan theory ini semakin menarik kerana memaparkan simbol seakan-akan pintu gerbang ikonik tradisional jepun atau dikenali sebagai Torii.

Sebagai seorang peminat series Assassin’s Creed, Kitorang memang mengharap sangat yang theory ini menjadi kenyataan.

Sumber Gambar : Vin Hill

KATALAKI: Kitorang sebenarnya tak habis lagi main Assassin’s Creed Odyssey. Korang dah settle belum?

Last modified: 26 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *