Semak Baki Touch ‘n Go Secara Online Di Smartphone

Tech

Baru-baru ini Touch ‘n Go melancarkan aplikasi yang membolehkan korang check baki Touch ‘n Go dengan lebih mudah. Pengguna boleh menambah sehingga tiga kad didalam aplikasi ini dan boleh menyemak baki setiap kad.

Aplikasi ini boleh dimuat-turun pada Android dan juga IOS. Dibawah ini kitorang kongsikan dengan korang cara nak gunakan aplikasi ini :

  • Sebaik saja korang download aplikasi ni, klik pada bahagian Create Account.
  • Masukan nombor telefon korang.
  • Korang akan terima nombor OTP, Masukkan nombor OTP yang korang terima.
  • Masukan 6 digit PIN sebagai password

 

 

Selepas dah siap create account, Korang boleh masukkan detail kad touch ‘n Go korang pada aplikasi ini. Korang boleh masukkan sehingga tiga kad sahaja buat masa ini. Ini adalah cara untuk masukkan detail kad korang dalam aplikasi Touch ‘n Go:

  • Pilih TNG Card.
  • Tekan ADD A NEW CARD.
  • Masukkan Serial No yang terdapat pada bahagian belakang kad.
  • Masukkan nama untuk kad tadi supaya senang untuk korang keep track kad yang mana untuk korang semak.
  • Dan – SIAP!.

 

 

Sekarang korang boleh semak berapa baki yang terdapat pada kad yang dah masukkan tadi. Aplikasi ini juga memberitahu bila kali terakhir korang gunakan kad Touch ‘n Go tadi. Namun buat masa ini aplikasi tidak dapat update baki secara terus dan mengambil masa lebih kurang 48 jam selepas transaksi terakhir dilakukan.

Aplikasi ini juga masih belum memasukan function tambah nilai kad Touch ‘n Go secara online.

KATALAKI: Harap-Harap lepas ni takdalah lagi kita nampak orang reverse dekat tol sebab lupa kad Touch ‘n Go dia takda baki.

Last modified: 16 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *