Semak Info Penjual Online Sebelum Kene Scam!

Tech

Selalu kita dengar cerita orang kene scam bila barang secara online. Akan tetapi walaupun banyak kali telah dinasihat untuk lebih berhati-hati, masih ramai netizen yang terkena dengan scam belian barang secara online ni.

Jadi hari ni aku nak kongsikan dengan korang 1 laman web khusus yang disediakan sendiri oleh Polis Diraja Malaysia.

Untuk menyemak maklumat penjual, korang cuma pergi ke website Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan masukan no akaun bank penjual yang telah diberikan oleh online seller sebelum korang membuat pembayaran kepada dorang. Jika no akaun yang diberikan pernah dilapor kepada pihak polis, portal ini akan memaklumkan kepada korang.

Akan tetapi, Segala maklumat yang terdapat pada portal ini hanya akan keluar jika ada laporan yang diterima oleh pihak polis.

Jadi andaikata korang tetap kene Scam walaupun tiada maklumat tentang akaun no yang korang dah semak dalam portal ni, segeralah laporkan kepada pihak polis jadi mereka boleh update info baru kedalam portal ini supaya orang lain tidak tertipu juga.

Cara lain untuk mengelak dari kene scam bila beli barangan online ni adalah dengan membeli dari penjual rasmi ataupun korang ikut cara kitorang iaitu beli secara COD (Cash On Delivery) sahaja.

KATALAKI: Kalau kene scam jangan lupa buat report polis, jangan reti viralkan dekat media sosial saja tapi tak report polis!

Last modified: 16 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *