Semakin Berpeluh Dengan Trailer Terbaru CYBERPUNK 2077

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Selain daripada PlayStation 5 yang ditunggu-tunggu oleh penggemar permainan video konsol, berita mengenai game terbaru Cyberpunk 2077 juga sentiasa mencuri perhatian ramai yang terpukau dengan kecanggihan yang ditampilkan dalam beberapa video teaser dan trailer yang pernah ditayangkan sebelum ni. Jangan risau, Cyberpunk 2077 boleh dimainkan di PlayStation 4, Xbox One dan Windows bermula 19 November 2020, sebelum dinaik taraf untuk membolehkan Cyberpunk 2077 dipersembahkan dengan kebolehan grafik di tahap maksimum menggunakan PlayStation 5 dan Xbox Series X menjelang tahun 2021 nanti.

Yang terkini, pembangun kepada Cyberpunk 2077, CD Projekt Red menayangkan lagi video trailer terbaru yang menunjukkan dengan lebih mendalam mengenai bayangan macam mana keadaan sebenar dalam permainan video Cyberpunk 2077 yang dah lama sangat ditunggu-tunggu. Menerusi video trailer terbaru yang digelar “The Gig”, perjalanan awal watak utama yang diberi nama sebagai V mula diceritakan sebelum bermulanya kisah V, seorang manusia yang diubah suai menjadi robot dalam Cyberpunk 2077.

Di permulaan video trailer tersebut, korang dah boleh nampak game Cyberpunk 2077 hanya sesuai dimainkan oleh pemain yang dewasa, berumur 17 tahun ke atas disebabkan ada unsur-unsur keganasan, seks, dadah dan alkohol. Jenuh lah korang nanti nak tunggu orang lain masuk tidur dulu, baru boleh menghadap game Cyberpunk 2077 sorang-sorang. Tipu la kalau korang langsung takde rasa nak main Cyberpunk 2077 lepas tengok trailer terbaru ni. Dengan suasana bandar Cyberpunk 2077 yang digelar Night City yang penuh berteknologi, boleh dimainkan secara open world, senjata yang semakin moden dan kenderaan yang boleh digunakan dalam Cyberpunk 2077 pun nampak mengancam. Salah satu daya penarik game Cyberpunk 2077 iaitu penampilan istimewa oleh Keanu Reeves juga sekali lagi diselitkan di penghujung video trailer terbaru Cyberpunk 2077. Setakat ni, takde siapa lagi yang tahu apa peranan watak yang dipegang oleh Keanu Reeves dalam Cyberpunk 2077.

Tak cukup dengan video trailer terbaru Cyberpunk 2077 yang membuatkan bakal-bakal pemain semakin berpeluh sebab dah tak sabar, CD Projekt Red juga mengumumkan berita terbaru mengenai sebuah anime bersiri Cyberpunk 2077 bertajuk Cyberpunk: Edgerunners yang akan ditayangkan di Netflix bermula tahun 2022.

Dengan kerjasama CD Projekt Red dan syarikat produksi animasi Jepun terkenal Studio Trigger akan menghidupkan dunia Cyberpunk 2077 lengkap dengan gaya dan signature seperti yang terdapat dalam game Cyberpunk 2077, animasi Cyberpunk 2077 yang diarahkan oleh Hiroyuki Imaishi yang terkenal dengan hasil karya siri anime Gurren Lagann dan filem anime Promare dengan kerjasama pengarah kreatif Hiromi Wakabayashi yang dikenali dengan karya Kill La Kill, serta team tenaga produksi dibawah kerjasama Yoh Yoshinari, Yuto Kaneko, Yoshiki Usa, Masahiko Otsuka. Senang cerita tulang belakang yang mengadaptasikan game Cyberpunk 2077 ke siri anime ni bukan biasa-biasa lah.

Game pun belum keluar, ada anime pula yang akan menanti peminat-peminat Cyberpunk 2077. Lain macam betul marketing strategy CD Projekt Red untuk Cyberpunk 2077 kali ni berbanding game The Witcher 3: Wild Hunt yang juga dibangunkan oleh CD Projekt Red sebelum ni. Tapi takde la pelik sangat sebab game The Witcher pun pernah dijadikan drama bersiri yang ditayangkan di Netflix pada tahun 2019.

KATALAKI: Release date Cyberpunk 2077 pun dah banyak kali sangat tunda. Harap-harap kali ni kekal 19 November 2020.

Last modified: 29 June 2020