Senaman Sambil Bancuh Teh, Layan Movie!

Aktif, Life x Tips

Sibuk dengan kerja bukan alasan untuk korang tak bersenam. Bersenam tak semestinya kena pergi gym atau pergi ke taman-taman cantik untuk berjogging bosskur. Sambil layan Netflix pun korang boleh bersenam. Serius!

Demi kesihatan jantung dan kebaikan korang, ini antara senaman yang korang boleh buat kat rumah je. Let’s go!

Push-ups

Tak perlukan sebarang alat senaman, Push-up boleh menguatkan dada dan otot korang. Paling penting, keluar peluh.

Squats

Senaman ni bukan sesuai untuk perempuan je. Lelaki pun boleh. Squat boleh menguatkan lagi otot kaki dan kurangkan berat badan korang. Jom kurus!

Sit-ups

Majoriti lelaki mesti idamkan six-pack betul? Sit-up boleh menguatkan lagi otot di perut korang dan kalau korang tekun, dalam sebulan confirm ada six-pack!

 

Plank

Planking boleh menguji ketahanan dan menguatkan lagi otot di bahagian perut, belakang dan bahu korang. Senaman ni pun boleh dapat six-pack!

Kemas Rumah

Paling senang. Kemas rumah atau bilik korang sekerap yang boleh. Rumah atau bilik korang bersih, peluh pun keluar kan? Selamat mencuba!

KATALAKI: Senaman bukan sebab nak ada six-packs je geng. Senaman untuk kuatkan lagi jantung dan paru paru kita demi kehidupan yang sihat masa kita tua nanti.

Last modified: 29 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *