Senapang PUBG Paling Power & Padu

Game, Tech

Korang punya PUBG level berapa dah? Apa tips yang korang selalu guna nak main PUBG ni? Ada yang dah hafal map, dah tahu kat mana senapang-senapang yang best. Ada gak yang jenis tak kisah follow je la siapa-siapa terjun kapal terbang. Tapi masa korang main tu, korang tahu tak yang mana satu senapang yang paling best dan padu?

Bila jumpa banyak senapang nak kutip, kadang-kadang mesti ada masa yang korang confius jap mana satu yang lagi power kan? Bahaya kalau confius masa tengah nak pilih barang apa nak kutip. Tahu-tahu kang kena tembak. Tak yah pening-pening, kami dah cuba sendiri dan bandingkan satu per satu yang mana senapang paling padu untuk korang pakai.

Tak Yah Ambik Pun Takpe

Sumber : www.rankedboost.com

Kalau dah terdesak sangat boleh je ambik. Selalunya senjata ni korang akan main kutip je lepas touchdown kat tanah.

Boleh La Dari Takde

Sumber : www.rankedboost.com

Senapang yang ni pun korang boleh elakkan rasanya. Impak tembakan tu kurang padu. Nanti enemy susah nak mati bila korang tembak.

Bishe Bishe Je

Sumber : www.rankedboost.com

Senapang ni paling senang korang jumpa. Berbaloi gak kalau pakai. UMP9 yang selalu menjadi pilihan ramai. Vector tu pun not bad Cuma peluru sikit.

Beast Mode On

Sumber : www.rankedboost.com

Kalau dapat senapang ni kira dah ready nak bertempur la ni. Kualiti senapang penting, barang-barang tambahan untuk padukan senapang korang pun penting gak. Rajinkan diri korang untuk cari dan kutip barang-barang tambahan yang ada.

Jangan Berani Lalu Depan Mata

Sumber : www.rankedboost.com

Kalau dapat senapang ni siap la korang. Senapang ni korang halakan je enemy, confirm terkebil-kebil dia kena tembak. Yang ada bintang ungu tu maksudnya boleh dapat daripada crate yang jatuh dari kapal terbang tu je.

Chuck Norris + Rambo + Rajinikanth

Sumber : www.rankedboost.com

Senapang yang ada bintang ungu tu pun boleh dapat daripada Airdrop Crate sahaja. Paling susah nak dapat ni. Airdrop Crate tu pun bukan main ramai berebut. FlareGun tu pun jarang-jarang boleh dapat. Korang pernah ke tembak enemy guna FlareGun? Cer try.

KATALAKI: Jangan lupa simpan artikel ni kang senang nak semak senapang mana yang power.

Last modified: 11 March 2019