Senarai Lengkap Atlet Esports Malaysia Ke Sukan Sea 2019!

Game, Tech

Semasa event Level UP KL 2019 yang berlangsung minggu lepas, satu acara flag off telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengumumkan senarai lengkap atlet-atlet Esports yang akan mewakili Malaysia untuk bertanding di Sukan Sea 2019.

Ini merupakan kali pertama acara Esports akan dipertandingkan di Sukan Sea. Terdapat enam Esports game yang akan dipertandingkan. Enam game tersebut adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2, Starcraft II, Arena of Valor, Tekken 7 dan juga Hearthstone.

Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, berikut merupakan senarai lengkap atlet Esports yang akan pergi berjuang di Sukan Sea 2019:

DOTA 2

  • Khoo Chong Xin
  • Denise Danial Abdullah
  • Bakri Anwar
  • Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam
  • Mohd Helmy Ibrahim
  • Muhammad Naufal Osman

STARCRAFT II

  • Yap Kien Khun
  • Jonathan Wong Choon Hoong

MOBILE LEGENDS

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah
  • Abdul Wandi Abdul Kadir
  • Izme Haqeem Hamsjid
  • Muhammad Hazeem Onn
  • Jamil Nurolla
  • Mohd Faris Zakaria

ARENA OF VALOR

  • Cham Hong Xin
  • Poh Jing Sheng
  • Kok Kar Seng
  • Loo Yong Leong
  • Tai Tong
  • Chan Choung Guan

TEKKEN 7

  • Muhammad Zarif Aiman
  • Abdul Rahim Abdul Shukor

HEARTHSTONE

  • Hee Zi Song
  • Yew Weng Kean

Acara Esports untuk Sukan Sea 2019 akan diadakan di Filipina yang bertempat di Filoil Flying V Center, Metro Manila bermula 5 Disember untuk Group Stage dan Grand Final 9 hingga 10 Disember 2019. Ini merupakan kali pertama Esports dipertandingkan untuk pingat dalam Sukan Sea selepas ia telah dipersembahkan pada Asian Games 2018 yang bertempat di Jakarta, Indonesia.

KATALAKI: Harap-harap bos baik hati untuk hantar aku pergi Filipina untuk cover huhuhu….

Last modified: 25 November 2019