Senarai Pemain Terbaik Dunia. Kenapa Neymar Takde?

Aktif, Bola

Pada 21 Oktober 2019, sebuah syarikat majalah bola sepak terkemuka di dunia, France Football dah umumkan senarai penuh pemain bola sepak yang layak untuk menerima piala Ballon d’Or 2019 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Disember nanti.

Seramai 30 orang pemain yang terpilih, ada satu nama pemain ternama yang takde dalam senarai membuatkan ramai peminat bola sepak terkejut iaitu Neymar. Ini kali pertama sejak tahun 2010, Neymar tak layak bersaing untuk merebut piala yang di idam-idamkan oleh semua pemain bola sepak, Ballon d’Or.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 3n310ta πŸ‡§πŸ‡· πŸ‘» neymarjr (@neymarjr) on

Sebelum ni Neymar tak pernah lagi menang piala Ballon d’Or. Pencapaian terbaik Neymar dalam saingan untuk mengejar piala Ballon d’Or setakat ni adalah pemain ketiga terbaik pada tahun 2015, tewas kepada Lionel Messi dan pemain ketiga terbaik pada tahun 2017, tewas kepada Cristiano Ronaldo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 3n310ta πŸ‡§πŸ‡· πŸ‘» neymarjr (@neymarjr) on

Selepas umumkan senarai 30 pemain yang layak untuk merebut piala Ballon d’Or 2019, France Football ada bagi tahu gak punca kenapa Neymar tak tercalon untuk tahun 2019 ni. Kecederaan yang selalu dialami oleh Neymar merupakan salah satu punca utama kenapa nama Neymar tak tersenarai. Neymar cedera pada bulan Januari 2019 dan terlepas perlawanan penting dalam saingan UEFA Champions League menentang Manchester United. Neymar juga diketepikan daripada semua perlawanan PSG sehingga penghujung musim dan terlepas untuk beraksi dalam Copa America 2019 pada bulan Jun 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 3n310ta πŸ‡§πŸ‡· πŸ‘» neymarjr (@neymarjr) on

Beberapa insiden di luar padang juga menyebabkan reputasi Neymar sebagai pemain terbaik dunia tercalar antaranya komen kontroversi yang dimuat naik kat media sosial selepas PSG tewas kepada Manchester United di UEFA Champions League. Selepas disiasat, Neymar digantung daripada terlibat dalam perlawanan UEFA Champions League untuk musim 2019/20.

Neymar sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial, kali ni melibatkan penyokong PSG sendiri selepas penyokong PSG mula rasa menyampah dengan perangai Neymar yang secara ketara nak keluar daripada PSG dan berpindah ke pasukan lain.

Pada 25 Oktober 2015, Neymar sekali lagi cedera, kali ni melibatkan kecederaan hamstring dan bakal terlepas beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa bersama pasukan Brazil, dijangka akan kembali cergas dalam masa 4 minggu.

KATALAKI: Kami berani jamin, ni musim terakhir Neymar beraksi dengan PSG. Next season mesti pindah team.

Last modified: 30 October 2019