Full List 20 Pre-Loaded Game Playstation Classic

Game

Pada 19 September yang lepas, Playstation telah mengumumkan tentang konsol Playstation Classic yang membawa 20 tajuk permainan video klasik zaman Playstation 1. Namun pada video trailer pertama yang dorang keluarkan, hanya 5 tajuk saja yang ditunjukkan.

Antaranya adalah Final Fantasy VII, Jumping Flash!, Ridge Racer 4, Taken 3 dan Wild Arms. Ramai peminat yang tertanya-tanya termasuklah aku sendiri, apakah lagi 15 tajuk permainan video yang akan dibawa kedalam Playstation Classic.

Namun persoalan itu telah pun terjawab bila minggu ini, bila Playstation telah pun mengeluarkan senarai 20 tajuk yang akan berada didalam Playstation Classic.

15 tajuk baru yang dibawa masuk adalah :

  • Grand Theft Auto
  • Battle Arena Toshinden
  • Driller
  • Metal Gear Solid
  • Twisted Metal
  • Oddworld : Abe Oddysee
  • Syphon Filter
  • Rayman
  • Tom Clancy’s Rainbow Six
  • Cool Borders 2
  • Destruction Derby
  • Revelations : Persona
  • Super Puzzle Fighter II Turbo
  • Intelligent Qube
  • Resident Evil Director’s Cut

 

Antara 20 game yang dibawa masuk kedalam Playstation Classic ni, aku paling happy bila tengok ada Twisted Metal dan Oddworld : Abe Oddysee. Dua game ni memang aku punya favourite wey!

But masih adalah yang tak berapa puas hati dengan list game Playstation Classic ni. Ramai dari yang merasakan Silent Hill, sebuah game horror yang memang popular dekat PS1 patut berada dalam senarai dan juga Crash Bandicoot, permainan video yang memang sangat sinonim dengan Playstation.

Aku pun sebenarnya agak sedih jugak sebab aku mengharapkan dorang masukkan Legend of Mana, Dino Crisis dan Tony Hawk’s Pro Skater 2 tapi hampa.

By the way, Playstation Classic akan mula berada dipasaran pada 03/12/2018 dengan harga RM429. So make sure korang pre-order cepat sebab takut terlepas karang!

KATALAKI: Big Boss bagitahu dia nak bagi giveaway Playstation Classic ni, Korang nak ke?

Last modified: 5 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *