Send Whatsapp Dengan Font Menarik

Gadget, Tech

Sekarang ini siapa saja yang tiada aplikasi Whatsapp dalam smartphone dorang. Whatsapp boleh dikatakan aplikasi pesanan yang paling popular orang guna untuk menghantar message dan juga membuat panggilan video.

via GIPHY

Hari ini aku nak share beberapa trick untuk korang ubah sikit font bila korang hantar message menggunakan Whatsapp. Biar member-member korang tertanya-tanya macam mana korang send message dengan font yang lain daripada yang lain ini. Korang tak perlu nak download apa-apa third party apps pun nak ubah font yang aku nak ajar ni. Cara ini boleh digunakan dengan IOS dan juga Android so jangan gaduh-gaduh ye!

BOLD FONT

Cara nak buat Bold Font ini senang saja. Korang just perlu letak kan simbol (*) pada awal dan akhir ayat yang korang nak bold kan. Contohnya macam ini *THELAKI*

ITALIC FONT

Nak tulisan menyeget pulak? Tulisan italic ini biasanya aku guna bila menulis artikel saja. Tapi kalau korang nak guna dalam Whatsapp pun boleh. Senang saja, korang letak simbol (_) pada awal dan akhir ayat yang korang nak. Contoh dia macam ini _THELAKI_

STRIKETHROUGH FONT

Biasa bila korang menulis dekat kertas bila salah malas nak padam mesti korang letak garis dekat ayatkan? Benda itu pun korang boleh send guna Whatsapp. Macam biasa korang cuma perlu letak simbol (~) di bahagian awal dan akhir ayat yang korang nak letak. Contohnya macam ini ~THELAKI~

Simple sajakan? Tak perlu nak download apa-apa third party apps pun nak buat fontfont macam ini. So sharelah dengan member-member korang artikel ini mana tahu dorang pun tak tahu macam mana nak buat!

KATALAKI: Nak tahu macam mana nak send stickersticker menarik dekat Whatsapp? Klik SINI kalau nak tahu!

Last modified: 25 February 2019