Senjata Yang Diharamkan Penggunaannya!

Sembang

Selepas perang dunia kedua, 196 negara telah bersetuju untuk menyokong dua undang-undang baru di Geneva Conventions yang mana undang-undang tersebut dibuat untuk melindungi human right bagi tahanan perang dan melindungi orang awam yang berada di dalam kawasan perang.

Geneva Conventions juga mengeluarkan undang-undang baru untuk melarang penggunaan beberapa senjata yang digunakan semasa berperang. Undang-undang ini dicipta bagi melindungi askar dan juga orang awam yang terlibat dalam peperangan tersebut. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa senjata yang dilarang dalam peperangan dan kenapa ianya dilarang.

MUSTARD GAS

Mustard Gas mula dicipta pada tahun 1822 namun pada 1860 barulah orang tahu betapa bahayanya penggunaan Mustard Gas ini. Sebagai satu senjata kimia dan juga digelarkan sebagai The King of Battle Gases, sebenarnya Mustard Gas merupakan senjata kimia yang paling lemah yang digunakan pada perang dunia pertama.

Image Via: https://khqa.com

Mustard Gas boleh menyebabkan maut kepada askar-askar dan orang awam yang terhidu gas tersebut. Walaupun askar dan orang awam boleh menggunakan topeng gas untuk melindungi daripada terhidu gas ini, Mustard Gas ini turut memberikan effect kepada kulit manusia yang terdedah.

PHOSGENE GAS

Walaupun Mustard Gas digelar sebagai King of Battle Gases, tapi Phosgene Gas merupakan senjata kimia paling bahaya yang pernah digunakan pada perang dunia pertama. Gas ini tidak mempunyai warna dan ini menyebabkan askar-askar yang terdedah dengan gas ini tidak mengetahui yang diri dorang dalam bahaya.

Gas ini mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan kepada mereka yang terdedah. Selalunya selepas dua hari terdedah, paru-paru mereka yang terhidu gas ini akan dipenuhi dengan cecair dan ini menyebabkan mereka sukar bernafas dan kemudiannya mati. Phosgene Gas telah menyebabkan kematian sebanyak 85% daripada 1.2 juta orang yang terkorban semasa perang dunia pertama.

NERVE GAS

Pada tahun 2017, seramai 100 orang termasuk kanak-kanak telah terkorban setelah terdedah dengan Nerve Gas yang dilancarkan oleh pro-kerajaan Syria. Setelah menyiasat dengan lebih lanjut, Nerve Gas yang dilancarkan merupakan jenis Sarin Gas, antara Nerve Gas yang paling bahaya.

Gas ini tidak mempunyai warna, rasa dan juga bau jadi agak sukar untuk mengesan kawasan yang terdedah dengan gas ini. Tanda-tanda awal mereka yang terdedah dengan gas ini adalah mulut mangsa akan berbuih tanpa henti. Selepas itu mangsa akan muntah-muntah dan mereka tidak dapat mengawal badan mereka untuk membuang air kecil dan besar. Seterusnya paru-paru mangsa akan berhenti berfungsi dan mangsa akan mati dalam beberapa hari.

FLAMETHROWERS

Senjata ini sangat popular semasa perang dunia kedua dan biasanya digunakan untuk menyerang musuh-musuh yang sedang menyorok di dalam terowong bawah tanah. Walaupun senjata ini pada mulanya tidak dilarang, tapi disebabkan terdapat kes yang senjata ini digunakan pada orang awam jadi satu-satu undang larangan perlu dibuat.

Senjata ini sangat bahaya apabila digunakan ditempat yang tidak mempunyai ruang yang besar ataupun dikawasan tertutup kerana senjata ini akan menyedut oxygen yang berada dikawasan tersebut. Salah satu sebab kenapa senjata ini dilarang untuk digunakan adalah kerana senjata ini amat sukar untuk disasarkan pada pihak musuh.

POISONED BULLET

Peluru yang digunakan pada masa dulu tidak sehebat peluru yang digunakan sekarang. Jadi untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, peluru pada masa dulu selalunya disaluti dengan racun-racun yang bahaya dalam jangka masa panjang kepada mangsa yang terkena peluru tersebut.

Jadi walaupun tembakan yang dilepaskan tidak membunuh musuh dorang tapi disebabkan racun yang terdapat pada peluru tersebut memastikan musuh mereka menemui ajal. Disebabkan racun-racun ini sukar untuk dikesan, penggunaan Poisoned Bullet telah dilarang keras penggunaannya oleh International Law.

KATALAKI: Walaupun dengan larangan senjata-senjata ini, kemusnahan yang disebabkan oleh peperangan tetap lebih teruk. Mungkin satu hari nanti kita dapat melihat undang-undang untuk melarang peperangan pula!

Last modified: 24 June 2019