Seram Dol! Player Patah Kaki Masa Main Bola

Aktif, Bola

Pada 23 Oktober lepas, perlawanan kejohanan AFC U19 antara Malaysia dan Tajikistan dicemari dengan tragedi ngeri pemain Tajikistan, Ziyuvuddin Fuzaylov yang patah kaki selepas dikasari oleh pemain Malaysia, Nabil Hakim Bokhari.

Tragedi patah kaki semasa perlawanan bola sepak bukan selalunya berlaku tapi kali ni kita recap balik player yang pernah patah kaki sebelum ni. Seramm..

Demba Ba, Shanghai Shenhua, 2016

Pemain yang pernah beraksi untuk Chelsea selama satu musim, Demba Ba disahkan patah kaki kanan selepas bertembung dengan pemain Shanghai SIPG. Arghhhh.

Sumber Gambar : AFP

Luke Shaw, Manchester United, 2015

Masa perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League antara Manchester United dan PSV, Luke Shaw diterjah keras oleh pertahanan PSV, Hector Moreno selepas cuba menggelecek ke dalam kotak penalti. Luke Shaw direhatkan selama 7 bulan sebelum kembali berlatih pada April 2016.

Sumber Gambar : manutdhome.blogspot.com

Djibril Cisse, Liverpool, 2004 & France, 2006

Bukan sekali, tapi dua kali! Dua kali patah kaki! Perghhh. Besar betul dugaan Djibril Cisse dalam arena bola sepak. Tahun 2004, patah kaki kiri dan kaki kanan pada tahun 2006.

Aaron Ramsey, Arsenal, 2010

Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey patah kaki kanan selepas bertembung dengan pemain Stoke City, Ryan Shawcross. Aaron Ramsey dipinjamkan ke dua kelab yang berbeza, Cardiff City dan Nottingham Forest untuk mengembalikan tahap kecergasan selepas pulih daripada kecederaan.

Sumber Gambar : walesonline.co.uk

Abou Diaby, Arsenal, 2001

Abou Diaby direhatkan selama 8 bulan selepas pulih daripada kecederaan patah kaki. Pada tahun 2007, perlawanan antara Arsenal dan Chelsea, Abou Diaby pula menyebabkan kecederan kepada player lain, John Terry. Tapi bukan patah kaki, pengsan terus!

Berpeluh weh aku nak siapkan artikel kali ni! Ngeri terok. Kecederan masa main bola bukannya dirancang. Apa-apa pun, kalau korang main bola make sure pakai aksesori keselamatan yang disarankan okeh.

 

KATALAKI: Bersukan memang baik untuk kesihatan, paling penting playsafe!

Last modified: 31 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *