Serious! Ini Manusia Sebenar Dengan Mata X-Ray!

Sembang

Bayangkan kalau korang ada kebolehan untuk melihat sesuatu yang orang lain tak nampak. Contohnya korang ada X-Ray Vision. Mesti korang cakap banyak superhero dalam komik yang ada kebolehan macam ini tapi tahukah korang yang in real life pun, ada manusia yang ada kebolehan seperti itu.

Natasha Demkina atau nama sebenarnya Natalya Nikolayevna Demkina, dilahirkan pada tahun 1987 di Saransk, Rusia. Pada usia 10 tahun, dia dikatakan mula merasakan dia mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain. Dia menyatakan dia mampu melihat apa yang ada dalam tubuh badan manusia, seperti X-Ray.

Semua ini berlaku selepas dia menjalani pembedahan appendix. Sebaik sahaja pulang dari pembedahan, dia menyatakan dia mampu untuk melihat apa yang ada dalam tubuh badan ibunya dan memberitahu ibunya apa yang dia dapat lihat.

Semenjak itu ramai orang yang datang ke rumahnya untuk meminta bantuan daripada Natasha melihat dalam tubuh badan mereka dan memberitahu apa penyakit yang mereka sedang hadapi. Doktor-doktor yang berada di Rusia mula menjemput Natasha untuk memeriksa sama ada Natasha betul-betul mempunyai kelebihan tersebut.

Doktor yang memeriksa Natasha menghidapi Ulcer dan maklumat ini tidak diberitahu kepada Natasha. Semasa melakukan pemeriksaan, Natasha telah menunjuk sesuatu dalam badan doktor tersebut. Objek yang dia lihat itu adalah Ulcer doktor tersebut!

Dengan menggunakan kelebihan dia, Natasha juga berjaya membetulkan diagnosis yang dilakukan oleh seorang doktor terhadap seorang pesakit wanita. Doktor menyatakan wanita tersebut menghidapi Cancer namun setelah diperiksa oleh Natasha, pesakit tersebut sebenarnya cuma mempunyai small cyst.

Selepas beberapa pemeriksaan susulan dilakukan, doktor mengesahkan apa yang diberitahu oleh Natasha adalah betul. Kisah tentang kehebatan Natasha mula mendapat pemerhatian daripada negara luar. Pada tahun 2004, Natasha telah dijemput untuk datang ke United Kingdom.

Chris Steele, seorang doktor daripada England mengambil kesempatan untuk menguji kehebatan Natasha. Setelah diperiksa, Natasha mengatakan doktor tersebut menghidapi gall stones dan batu karang. Doktor tersebut tidak mempercayai apa yang telah diberitahu oleh Natasha dan mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan sendiri.

Doktor tersebut terkejut kerana apa yang diberitahu oleh Natasha adalah sangat tepat. Dia kemudiannya telah dijemput untuk datang ke New York untuk muncul dalam rancangan The Discovery Channel. Dalam rancangan tersebut dia diminta untuk memeriksa 5 daripada 7 orang pesakit. Natasha cuma mampu untuk diagnose 4 orang pesakit sahaja dan doktor yang berada dalam rancangan tersebut menyatakan Natasha gagal dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

Namun itu menghentikan Natasha untuk terus melakukan pemeriksaan kepada orang yang memerlukan. Pada tahun 2006, dia telah membuka satu pusat pemeriksaan kesihatan yang dinamakan Center of Diagnostics of the Natalya Demkina (TSSD).

KATALAKI: Mungkin Natasha ni mutant?

Last modified: 23 October 2019