Set Gaming On Peripheral Legion

Gadget, Tech

Baru- baru ini pihak Lenovo telah memperkenalkan peripheral gaming terbaru untuk siri Legion mereka. Peripheral yang diperkenalkan terdiri daripada 2 gaming headphone, gaming keyboard dan juga gaming mouse.

Pihak Lenovo berkata, setiap product yang diperkenalkan telah direka untuk memberikan performance yang terbaik kepada geng-geng gamer bagi mencapai tahap tertinggi dan keselesaan semasa bermain permainan video.

Setiap gaming peripheral ini sesuai untuk normal gamer dan jugak professional esport player. Peripheral yang telah diperkenalkan adalah Legion K500 RGB Mechanical Keyboard, M500 RGB Gaming Mouse, Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound Gaming Headset dan H300 Stereo Gaming Headset.

LEGION K500

Kalau korang tengok market gaming keyboard yang ada dekat pasaran sekarang, banyak yang masukkan pelbagai benda dekat keyboard dia sampai nampai semak gila tapi Lenovo mengambil keputusan untuk kembali kepada design yang lebih simple untuk keyboard Legion K500.

Dengan design yang lebih minimalis, Keyboard Lenovo Legion K500 tetap meletakan ciri-ciri premium kepada keyboard gaming terbaru ini. Dengan 7 media key dan dedicated Game Mode key membuatkan keyboard ini nampak ngam di meja gaming korang.

Lenovo Legion K500 menggunakan red mechanical key dan ini membuatkan key pada keyboard Legion terbaru ini mampu bertahan sehingga 50 juta klik. Game Mode yang terdapat pada keyboard Legion K500 ini juga mampu menghalang korang tertekan key yang tak sepatutnya korang tekan semasa bermain permainan video.

LEGION M500

Bila main game lama sangat, mesti tangan korang sakit sebab asyik klik mouse je kan? Gaming mouse yang ada dekat luar sana pun tak membantu sangat ataupun rekaan dia tak kena dengan tangan korang.

Bagi Legion M500, pihak Lenovo menyatakan yang gaming mouse ini direka dengan rekaan ergonomic terbaru dan memberikan korang keselesaan maksimum semasa bermain permainan video. Dengan 16,000 DPIAdjustable on-the-fly DPI switch dan 16.8 juta RGB colour bro!

Dengan rekaan yang belum pernah dilihat pada mana-mana gaming mouse daripada siri Legion sebelum ini, Legion M500 memastikan tangan korang sentiasa selesa dalam palm grip position. So takda lah tangan cramp bro bila tengah main game!

Legion M500 didatangkan dengan Omron Micro switches yang mampu bertahan sehingga 50 juta klik dan braided cable yang tahan lasak. Aku dengar ada braided cable aku on dah haha!

LEGION H500

Bagi geng-geng gamers yang mencari headphone gaming dengan 7.1 surround sound, Legion H500 ni maybe gaming headset yang korang impikan selama ini. Dengan design dia yang ergonomic dan ear cups dia yang besar, memastikan korang sentiasa selesa dan telinga korang tak terkepit masa menggunakan Legion H500 ni.

Legion H500 menggunakan padding yang high quality pada ear cup mereka bagi memastikan telinga korang selesa dan rasa panas walaupun digunakan pada jangka masa yang lama. Ianya juga tidak terlalu berat so takdalah kepala korang rasa terbeban masa pakai gaming headset Legion H500 ni.

Bagi memastikan korang mendapat sound yang korang impikan, Legion H500 didatangkan dengan 7.1 surround sound dan bagi mereka yang gemar bermain permainan video dengan member-member, retractable noise cancelling microphone yang terdapat pada headset ini memastikan member korang dapat dengar dengan jelas suara korang!

LEGION H300

Tak minat headset dengan 7.1 surround sound? Don’t worry sebab Lenovo jugak mengeluarkan gaming headset stereo terbaru mereka iaitu Lenovo Legion H300. Gaming headset ini direka khas bagi memuaskan kehendak pro gamer tanpa compromise pada quality rekaannya.

Bagi korang yang selalu bermain permainan video pada jangka masa yang lama, Legion H300 akan memastikan korang selesa semasa menggunakan gaming headphone Legion H300 disebabkan ear cup yang boleh di rotate dan sesuai untuk semua jenis telinga.

Korang boleh control volume untuk headset ini pada volume control yang terdapat pada cable dan yang paling penting headset ini mempunyai feature microphone yang fully retractable dan juga noise cancelling bagi memastikan member korang dapat dengar dengan jelas suara korang.

So mana satu peripheral Legion terbaru daripada Lenovo ni yang korang rasa berminat nak guna? Kalau akulah, aku nak guna semua tapi itulah bila bukak dompet asyik debu je yang keluar hahaha!

KATALAKI: Kene tunggu dia masuk market Malaysia dulu baru boleh riki harga dia.

Last modified: 13 January 2019