Shopee Bosskurr – Impikan Piala MPL Season 4!

Sembang

MPL MY/SG Season 4 akan memulakan Regular Season mereka pada 24 Ogos 2019 sehingga 29 Ogos 2019 ini. Jadi untuk memeriahkan lagi MPL musim ini, aku bercadang untuk menulis tentang pasukan-pasukan yang akan bertanding untuk musim ini. So untuk article pertama ini kita akan mulakan dengan pasukan Shopee Bosskurr.

Perjalanan Team Shopee Bosskurr tidaklah semudah yang semua orang sangka. Mereka pada mulanya bermula dengan pasukan Air Asia Saiyan namun mereka semua mengambil keputusan untuk keluar daripada pasukan tersebut dan membentuk pasukan Team Bosskurr pada November 2018.

Oleh kerana mereka semua sudah lama berlatih dan bermain bersama dalam pasukan sebelum ini, membentuk satu pasukan yang hebat seperti Team Bosskurr sememangnya memerlukan satu hubungan kerjasama yang jitu. Kalau tengok dorang livestream pun korang boleh nampak semangat “Blood Brothersdorang.

Sekarang ini boleh dikatakan Shopee Bosskurr mempunyai banyak ahli tapi semua ini tidak akan ada tanpa 7 orang ahli asal ini. Mereka ini adalah Herwin Baharudin (RUSH), Abdul Wandi (LOGAN), Sofian Sultan (PENJAHAT), Andi Alfian (GRIPEX), Ahmad Fuad Razali (FREDO), Faris Zakaria (SOLOZ) dan Nureddy Nursal (DADDY).

Terdapat 6 orang pemain untuk pasukan ini dan Nureddy Nursal bertindak sebagai pengurus pasukan. Sebelum itu nak berterima kasih kepada Nureddy kerana setuju untuk membantu aku menulis article ini supaya korang tahu serba sedikit tentang pasukan Shopee Bosskurr.

Selain terkenal dengan permainan Mobile Legends: Bang Bang, Nureddy juga memberitahu pasukan Bosskurr juga kini menceburi permainan PUBG Mobile. Nureddy telah meletakan Fredo sebagai penggerak utama untuk pasukan PUBG Mobile Bosskur. Patutlah Caprice beriya nak Fredo masuk pasukan dia tapi apakan daya hubungan setia kawan pasukan Bosskurr tak akan goyah bro!

Bercerita tentang MPL Season 4 MY/SG, pasukan Shopee Bosskurr telah pun memulakan latihan bagi memperbaiki dan memantapkan cara permainan dorang berbanding season yang lepas. Tidak lupa mereka juga sedang mencari dan mengkaji Meta yang baru dan lebih kuat. Nureddy menyatakan pasukan Shopee Bosskurr memang impikan piala untuk MPL Season 4 tahun ini.

Selain MPL Season 4, tidak dilupakan kita juga akan melihat buat kali pertamanya kejohanan Mobile Legend World Cup M1 yang mana akan diadakan pada November tahun ini. Ketika ditanya sama ada pasukan Shopee Bosskurr akan bertanding untuk kejohanan ini ataupun memberi ruang kepada pasukan-pasukan baru untuk bertanding, Nureddy menyatakan mereka tetap akan bertanding dan memastikan bukan sahaja mereka akan menjulang piala MPL Season 4 tapi piala Mobile Legends World Cup M1 juga!

Antara kejuaraan yang pernah dimenangi oleh team Bosskurr adalah seperti tournament Todak Fest dan tak dilupakan mereka juga berjaya melayakkan diri untuk bertanding dalam Sukan Sea 2019 yang mana akan diadakan pada bulan November nanti di Filipina.

Mengakhiri temu bual ini, Nureddy bersyukur dengan sokongan peminat yang mana sentiasa menyokong pasukan Shopee Bosskurr tidak kira ketika mereka menang ataupun kalah. Dia menganggap peminat seperti kawan-kawan mereka sendiri dan memohon peminat-peminat untuk mendoakan kejayaan mereka untuk MPL Season 4 ini.

KATALAKI: Adakah Shopee Bosskurr bakal menjuarai MPL Season 4 tahun ini? Tunggu!

Last modified: 23 August 2019