Siapa 4 Musuh Terbaharu Spider-Man?

Sembang

Korang dah tengok belum trailer Spider-Man: Far From Home? Bagi korang yang tak tahu, semalam Marvel Studio baru saja drop trailer untuk movie terbaru SpiderMan iaitu Spider-Man: Far From Home.

Tapi bukan Spider-Man dah dah jadi debu ke masa Avenger: Infinity War? Well Spider-Man: Far From Home ini terjadi selepas Avenger: End Game yang bakal dikeluarkan pada April tahun ini so maknanya Spider-Man akan dihidupkan baliklah kan? Nak kepastian kita kena tunggu Avenger: End Game keluar dululah nampaknya.

Dalam Trailer Spider-Man: Far From Home ini, nampaknya Peter dan kawan-kawan dia tengah bercuti di Europe. Dan dalam trailer ini nampaknya Aunt May dah tahu yang Peter adalah SpiderMan and Happy, bodyguard Tony Stark macam tengah nak ngorat Aunt May haha!

Selain itu nampaknya Nick Fury juga dihidupkan kembali selepas event Avenger: Infinity War sebab masa Peter tengah bercuti, Nick Fury telah datang berjumpa dengan Peter untuk mintak pertolongan dia. Kenapa tak minta tolong team Avenger je? Adakah sebab team Avenger akan mati time Avenger: End Game? Noooooo!

Apa yang buatkan aku lagi ternganga mulut bila tengok trailer ini adalah disebabkan dorang memperkenalkan 4 watak baru dalam movie SpiderMan ini. 4 Watak tersebut adalah Mysterio, Sandman, Hydro-Man dan Molten Man.

Diantara 4 watak ini, Hanya Sandman saja yang pernah muncul dalam live action movie yang mana watak tersebut di masukan dalam movie SpiderMan 3 yang dikeluarkan pada tahun 2007. Tapi takpa, hari ini aku akan share dengan korang backstory tentang 4 watak baru dalam SpiderMan.

MYSTERIO

Mysterio merupakan watak antihero yang telah diperkenalkan dalam komik The Amazing Spider-Man isu 13 pada tahun 1964. Kalau ikut backstory Mysterio ini, dia pada mulanya merupakan seorang stunt man yang bekerja untuk filem studio besar di Hollywood.

Quentin Beck yang merupakan nama sebenar Mysterio juga power dalam special effect namun bakat yang dia ada masih tidak cukup untuk membuatkan dia menjadi pelakon terkenal dan akhirnya dia memilih untuk gunakan kepakaran dia menjadi seorang supervillain.

Didalam movie ini, Nampaknya SpiderMan dan Mysterio yang dilakon oleh Jake Gyllenhaal macam satu geng sebab terdapat scene yang melihatkan Mysterio berlawan dengan HydoMan. Mungkinkan yang dalam movie ini Mysterio akan bermula sebagai superhero tapi end up dia jadi musuh ketat SpiderMan?

SANDMAN

Sandman ataupun nama sebenarnya Flint Marko mempunyai keupayaan mengubah bentuk diri dia kepada pasir. Flint merupakan seorang penjenayah yang berjaya melarikan diri dari penjara. Semasa melarikan diri, dia cuba bersembunyi di satu kawasan nuclear testing.

Nasib dia tak berapa baik sebab masa dia tengah menyorok, diri dia terdedah dengan experiment yang tengah dijalankan ditempat itu membuatkan molecule dalam badan dia bergabung dengan pasir. Ini telah membuatkan diri dia boleh berubah menjadi pasir hence dapatlah nama super villain dia Sandman.

Dalam movie SpiderMan: Far From Home, terdapat scene yang mana Nick Fury dan Maria Hill sedang menembak Sandman. Masih tiada info kenapa siapa yang melakonkan watak Sandman untuk movie ini.

HYDRO-MAN

Hydro-man merupakan salah seorang villain yang akan muncul dalam Spider-Man: Far From Home. Nama sebenar dia adalah Morris Bench. Morris muncul buat pertama kali dalam komik SpiderMan pada tahun 1981 untuk komik The Amazing Spider-Man isu 212.

Morris merupakan seorang crew kapal cargo dan semasa dia sedang bertugas di atas kapal, Spider-Man secara tidak sengaja telah terlanggar Morris membuatkan Morris terjatuh kedalam laut. Bertambah malang bila dekat laut tersebut, satu experiment sedang diuji disitu.

Seperti Sandman, Molecule badan dia telah bergabung dengan air dan membuatkan badan dia boleh berubah menjadi air. Ini telah membuatkan dia telah berdendam dengan Spider-Man dan sejak itu dia menggunakan nama HydroMan.

MOLTEN MAN

Molten Man ataupun nama sebenar dia Mark Raxton merupakan seorang saintis yang sedang bekerja di Oscorp Industries. Dia dan seorang lagi saintis, Dr Spencer Smythe sedang mencipta satu jenis liquid metal alloy.

Pada satu hari, Raxton bercadang untuk mencuri experiment ini dan jualnya sendiri untuk menjadi kaya namun Dr. Spencer berjaya menghalang dia. Semasa sedang bergelut dengan Dr Spencer, Liquid yang dorang tengah cipta itu secara tidak sengaja telah terjatuh pada badan Raxton.

Ini membuatkan tubuh badan Raxton boleh bertukar menjadi alloy yang panas dan mampu melancarkan radiation projection. Dalam movie ini terdapat satu scene yang nampaknya seperti jambatan di UK telah terbakar dan kemungkinan besar ini adalah kerja Molten Man.

Buat masa ini, ini saja watak yang kita dapat tengok. Agak pelik sebab selain Nick Furry dan Maria Hill, Tiada cameo daripada geng-geng team Avenger. Ini membuatkan aku lagi tak senang duduk tunggu movie Avenger: End Game nanti. SpiderMan: Far From Home akan keluar di pawagam pada July 2019.

KATALAKI: Makin banyak villain SpiderMan yang muncul. Adakah kita akan dapat melihat team Super Villain, Sinister Six pulak lepas ni dalam Movie SpiderMan akan datang?

Last modified: 30 January 2019