Tamat kejohanan FIFA Women’s World Cup 2019, pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat berjaya menjulang piala untuk kali ke-4 selepas mengalahkan pasukan Belanda. Amerika Syarikat juga merupakan pemegang rekod paling banyak menang Piala Dunia dalam sejarah kejohanan bola sepak wanita FIFA.
View this post on Instagram
Nama yang sentiasa menjadi perhatian dalam pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat dah tentu Alex Morgan. Bukan sebab cantik je, tapi prestasi Alex Morgan kat atas padang pun memang layak dipuji.
View this post on Instagram
Sejak beraksi bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 2010, Alex Morgan dah berjaya jaringkan 107 gol dalam 169 penampilan setakat ni. Alex Morgan juga dah pernah menang FIFA Women’s World Cup sebanyak 2 kali pada tahun 2015 dan 2019, pernah gak menang pingat emas di kejohanan Olimpik pada tahun 2012.
View this post on Instagram
Kalau tak beraksi dengan pasukan kebangsaan, Alex Morgan merupakan pemain untuk pasukan Orlando Pride yang bersaing dalam National Women’s Soccer League di Amerika Syarikat.
View this post on Instagram
Untuk info, pada tahun 2019 ni, Alex Morgan berusia 30 tahun dan dah pun mendirikan rumah tangga bersama dengan pemain bola sepak LA Galaxy, Servando Carrasco yang beraksi kat Major League Soccer.
View this post on Instagram
Pada tahun 2016, Alex Morgan merupakan salah seorang daripada 3 orang pemain bola sepak wanita yang buat pertama kali dalam sejarah bola sepak wanita, menjadi cover star permainan video FIFA 16 bersama Lionel Messi.
I’m so honored to be featured on the cover of #FIFA16. Thank you @EASPORTSFIFA! https://t.co/vw73wtfncJ pic.twitter.com/5vp8RLUk1x
— Alex Morgan (@alexmorgan13) July 20, 2015
Alex Morgan pernah gak terlibat dalam dunia perfileman selepas berlakon dalam filem Alex & Me pada tahun 2018, filem yang mengisahkan seorang remaja perempuan yang berusaha untuk jadi pemain bola sepak wanita profesional sehebat Alex Morgan.
I had so much fun at the #AlexAndMe premiere last night! I can’t wait to share it with all of you! Own #AlexAndMe on 6/12 @iTunes: https://t.co/rMPncMgiis pic.twitter.com/3mbXeADbWU
— Alex Morgan (@alexmorgan13) June 1, 2018
KATALAKI: Seronok gak tengok perlawanan FIFA Women’s World Cup 2019 hari tu. Dorang pun banyak skill gak kat atas padang. Pasukan Amerika Syarikat punya gameplay memang gempak dan layak bergelar juara.