Siapa Bayi Yang Pernah Jadi Cover Album Untuk Nirvana?

Sembang


Pada tahun 1991, album kedua band terkenal yang berasal dari Amerika Syarikat, Nirvana mula dipasarkan di seluruh dunia. Gambar untuk cover album tersebut menggunakan gambar seorang bayi yang terapung di dalam kolam renang dan menjadi gambar cover album paling ikonik sehingga kini.

Image via: Thelaki.com.my

Cover album yang dihasilkan oleh Robert Fisher ni sebenarnya diinspirasikan daripada teknik kelahiran bayi di dalam kolam renang atau juga dikenali sebagai Water Birth. Idea tersebut datang daripada Kurt Cobain sendiri. Ini gambar di sebalik tabir sebelum terhasilnya salah satu cover album paling ikonik di dunia.

Image Via : milanote.com

Siapa Sebenarnya Bayi Ni?

Nama bayi yang dijadikan cover album Nirvana bertajuk Nevermind ialah Spencer Elden yang kini pada tahun 2019 dah berumur 28 tahun. Pada tahun 2016, Spencer Elden cuba menghasilkan semula cover album Nevermind, sama macam yang dilakukannya pada tahun 1991. Perbezaan kali ni ialah Spencer Elden dah dewasa dan berseluar. Ini hasilnya.

Image Via : nypost.com

Dah banyak kali gak Spencer Elden pernah menghasilkan semula cover album Nevermind. Ini gambar yang dihasilkan pada tahun 2008. Masa ni Spencer Elden berumur 17 tahun.

Image Via : omglmaowtf.com

KATALAKI: Sampai bila-bila pun orang akan tetap cari dan tertanya-tanya siapa bayi yang jadi cover album Nirvana.


Last modified: 15 November 2019