Siapa “BBNU” Yang Berani Sound Pemimpin Dunia Ni?

Sembang

Pada 24 September 2019, seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun dikenali sebagai Greta Thunberg dengan selambanya membidas pemimpin-pemimpin dunia di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di New York. Siapa sebenarnya Greta Thunberg ni?

Greta Thunberg yang berasal dari Sweden, mula dikenali sebagai aktivis pada tahun 2018 ketika berumur 15 tahun selepas melancarkan protes “Skolstrejk för klimatet” yang bermaksud “School strike for climate change“. Protes “School strike for climate change” yang kini dikenali sebagai “Fridays for Future“, disertai oleh lebih daripada sejuta pelajar yang berada di seluruh dunia dan diadakan setiap minggu pada hari Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

‪School strike. Week 58‬ ‪Montréal. #ClimateStrike #FridaysForFuture #schoolstrike4climate ‬

A post shared by Greta Thunberg (@gretathunberg) on

Perjuangan Greta Thunberg mengenai perubahan iklim dunia dah bermula dari rumah sebenarnya selepas berjaya mempengaruhi ibu, bapa dan keluarganya untuk tidak mengamalkan gaya hidup yang menghasilkan kadar karbon yang tinggi antaranya tidak menggunakan pengangkutan udara dan tidak makan makanan yang berasaskan daging.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Greta Thunberg (@gretathunberg) on

 

View this post on Instagram

 

I’m on the cover of @TIME Magazine. Link in bio!

A post shared by Greta Thunberg (@gretathunberg) on

Untuk datang ke Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di New York hari tu, Greta Thunberg berlayar menggunakan kapal layar yang dikuasakan oleh tenaga solar tanpa menghasilkan sebarang karbon selama 15 hari, dari England ke New York.

KATALAKI: Kalau takde media sosial, payah gak kita nak tahu pasal perjuangan Greta Thunberg.

Last modified: 1 October 2019