Siapa Dani Ceballos?

Aktif, Bola

Arsenal secara rasminya mengumumkan pemain terbaru yang dipinjam daripada Real Madrid untuk menyertai barisan pemain Arsenal sepanjang musim Premier League 2019/20. Korang dah kenal ke belum siapa sebenarnya Dani Ceballos ni?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arsenal Official (@arsenal) on

Memandangkan Arsenal dah pun kehilangan salah seorang pemain tengah terbaik yang pernah dimiliki oleh Arsenal iaitu Aaron Ramsey yang dah berpindah ke Juventus, Dani Ceballos dikatakan pemain yang boleh mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh Aaron Ramsey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Ceballos Fernandez (@danifuli10) on

Tahun 2019 ni Dani Ceballos baru berumur 23 tahun dan merupakan pemain kelahiran daripada akademi bola sepak Sevilla FC dan Real Betis di Sepanyol. Pada tahun 2017, masa Dani Ceballos berusia 21 tahun, Real Madrid secara rasminya membeli Dani Ceballos dari Real Betis.

Sepanjang beraksi bersama Real Madrid dalam 56 perlawanan setakat ni, Dani Ceballos dah berjaya jaringkan 5 gol dan 2 bantuan gol. Sejak bergelar pemain bola sepak profesional, Dani Ceballos dah pernah menang 4 piala bersama Real Madrid, 1 piala bersama pasukan kebangsaan bawah 19 tahun Sepanyol dan yang terbaru, Dani Ceballos berjaya menjulang piala EURO U-21 bersama pasukan Sepanyol pada tahun 2019.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Dani Ceballos di atas padang ialah kawalan bola yang bagus dan juga rembatan jarak jauh yang padu.

Dani Ceballos dah pun buat penampilan pertama bersama Arsenal dalam perlawanan persahabatan menentang Lyon hari tu. Walaupun Arsenal tewas 1-2, tapi aksi Dani Ceballos dipuji selepas masuk ke dalam padang sebagai pemain gantian pada minit ke-22.

Ini antara respons orang ramai mengenai perpindahan Dani Ceballos ke Arsenal.

KATALAKI: Not bad gak barisan pemain Arsenal untuk musim baru ni. Boleh bersaing untuk top 3 kot? Dani Ceballos ni kalau guna dalam Fantasy Premier League macam cun gak.

Last modified: 2 August 2019