Siapa Dia El Chapo Asia Ni?

Sembang, ZAP, ZeKool

Seorang drug cartel yang diberi jolokan sebagai El Chapo Asia merupakan seorang lelaki yang sangat diburu oleh pihak berkuasa kerana penglibatannya dalam sindiket dadah secara besar-besaran. Tse Chi Lop, lelaki berkewarganegaraan Kanada ini dikatakan mengetuai sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terbentuk daripada gabungan kumpulan-kumpulan gangster di rantau Asia. Cara dia menjalankan sindiket penyedaran dadahnya diakui sebagai satu rangkaian yang sophisticated dan tersusun oleh pihak berkuasa antarabangsa. Bukan biasa-biasa El Chapo Asia ni.

PENGLIBATAN AWAL EL CHAPO ASIA

Tse Chi Lop yang lahir pada tahun 1963 di China dikatakan telah berjinak dengan kumpulan jenayah bernama Big Circle Gang sebelum dia berpindah ke Kanada pada tahun 1988 dan menjadi warganegara di situ. Kegiatan jenayahnya tetap diteruskan di Kanada di mana dia akan bergerak di antara Amerika Utara, Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara.

Namun pada tahun 1998, Tse di tangkap dan didakwa di mahkamah daerah timur New York dan didapati bersalah kerana berkomplot mengimport heroin masuk ke Amerika. Pada waktu itu dia berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pada tahun 2000, peguamnya menfailkan rayuan untuk meringankan hukumannya. Dengan alasan dia terpaksa menjaga kedua ibu bapanya dan juga anak lelakinya yang mempunyai masalah paru-paru. Dia juga menyatakan yang dia kesal dengan segala jenayah yang dia lakukan. Hukumannya diringankan kepada 9 tahun penjara. Namun selepas dibebaskan pada tahun 2006, dia dikatakan menyambung kegiatan jenayahnya beberapa tahun selepas itu. Dia menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 2011 dengan nama China Peace Investment Group Company Ltd di Hong Kong.

Melalui syarikat ini dia kembali membuat connection dengan kumpulan penjenayah yang lain. Module business Tse kali ini betul-betul menarik perhatian kumpulan penjenayah yang lain. Menurut laporan, sekiranya dadah yang diseludup dirampas oleh pihak berkuasa, Tse akan mengantikannya tanpa mengenakan sebarang bayaran. Mungkin sebab ini juga lah sidiket dadahnya berjaya menarik perhatian kumpulan penjenayah yang lain dan menjadikan dia sebagai supplier. Walaupun banyak ketua gangster daripada kumpulan lain, mereka tetap bekerjasama secara harmoni dalam sindiket ini kerana keuntungan yang lumayan.

PENJENAYAH PALING DISYAKI DI ASIA

Pihak berkuasa percaya bahawa sindiketnya menyeludup banyak dadah jenis metamfetamin, heroin dan ketamine ke Jepun sampai ke New Zealand. Tetapi meth merupakan perniagaan utama sindiketnya. Pihak berkuasa juga menjangkakan nilai keseluruhan penyeludupan sindiket Tse pada tahun 2018 mampu mencecah sehingga 17 bilion USD. Dadah-dadahnya banyak dibungkus dalam bungkusan teh.

Dengan penglibatan Tse dalam pasaran penyeludupan dadah, production dadah jenis meth semakin meningkat dan mencetuskan tindak balas dari pihak berkuasa yang belum pernah disaksikan sebelum ini. El Chapo Asia ini merupakan sasaran utama Operasi Kungur, sebuah operasi penyiasatan anti-narkotik yang agak luas. Operasi ini diketuai oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) dan melibatkan kira-kira 20 agensi. Ia merupakan satu usaha terbesar dalam kerjasama antarabangsa bagi memerangi sindiket pengedaran dadah di Asia. Ia merangkumi pihak berkuasa dari Myanmar, China, Thailand, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada. Taiwan juga turut membantu siasatan walaupun tidak secara rasmi dalam operasi.

Tse Chi Lop juga digelar dengan nama ‘Sam Gor’ yang bermaksud ‘Abang ketiga’ dalam bahasa kantonis. Sidiket Sam Gor dikatakan bukan calang-calang kerana bergerak seperti sebuah syarikat sehingga pihak berkuasa Taiwan menggelar Tse sebagai ‘Multinational CEO’ dalam sindiket dadah.  Ketua-ketua di dalam sindiket Sam Gor juga berasal dari negara-negara jiran seperti Hong Kong, Macau, Taiwan, Malaysia, Myanmar, Vietnam dan China. Memang boleh dilihat yang El Chapo Asia ni bercita-cita besar.

Apa yang membuatkan sindiket Sam Gor ni sangat kuat adalah kerana mereka bekerjasama dengan gangster dari negara lain juga seperti Yakuza di Jepun, Gang Bikers di Australia, dan kumpulan-kumpulan etnik cina di Asia Tenggara. Apa yang dia buat ni lebih dasyat dari El Chapo dan Pablo Escobar sebagai drug cartel terkenal. Cuma kehidupan Tse sangat tersembunyi dan menyukarkan pihak berkuasa untuk menjejakinya.

Walau bagaimanapun, Tse sebenarnya hidup dalam keadaan serba mewah. Dia mempunyai lapan bodyguard yang mempunyai kemahiran Thai kickboxing yang mengikutnya ke mana sahaja dan juga bergerak menggunakan jet peribadi. Apa yang membuktikan dia ni sangat kaya adalah, Tse gemar menyewa di hotel dan resort mewah dan juga pernah menghabiskan 66 juta USD dalam satu malam di kasino di Macau.

MASIH BEBAS SEHINGGA SEKARANG

Salah seorang daripada yang menjalankan sindiket telah di tangkap dan disoal siasat oleh pihak berkuasa pada tahun 2016. Hasil daripada soal siasat didapati lelaki ini sebenarnya bekerja di bawah sindiket Sam Gor. Maka operasi pengintipan secara dekat pun dijalankan. Dari situ lah pihak berkuasa baru tahu yang kumpulan-kumpulan penyeludup dadah yang lain tidak bekerja sendiri, tetapi sebenarnya sebahagian daripada sindiket Sam Gor ni. Banyak tangkapan dan rampasan dadah berjaya dilakukan hasil daripada penemuan ini.

Tak banyak media yang melaporkan tentang sindiket ni tapi Reuters merupakan media pertama yang melaporkan tentang sindiket yang dikepalai El Chapo Asia. Di dalam laporan, digambarkan operasi sindiket ini jauh lebih hebat berbanding drug cartel di Amerika Latin dan juga Pablo Escobar dan El Chapo. Tapi jejak Tse Chi Lop masih tidak dijumpai dan dia bebas menjalankan sindiketnya sehingga kini.

KATALAKI: Agak-agak Hollywood nak amik tak cerita ni untuk dijadikan filem?

Last modified: 27 May 2020