Siapa Kata Gamers Anti-Social?

Game, Tech

Semalam telah berlangsung satu event yang dianjurkan oleh ServerDNA. Event yang dinamakan sebagai ProjectDNA: The Gamer Continuum bertujuan untuk mengumpulkan semua gamer-gamer dalam satu tempat. Event ni telah berlangsung di WORQ Subang.

Sebelum ini, ServerDNA telah terkenal dengan penganjuran event besar-besaran yang melibatkan brand-brand product gaming dan juga gamer. Yang terbaru di anjurkan pada 29 September yang lepas.

Di ServerDNA event, banyak brand-brand gaming yang besar dan mini games yang dianjurkan. Untuk ServerDNA, fokusnya lebih kepada merapatkan brand-brand gaming kepada gamer itu sendiri.

Pelbagai acara dan mini games yang diadakan di ProjectDNA:  The Gamer Continuum ini. Antaranya adalah acara King of the Hills Challenge untuk 6 video games title yang mana gamers boleh bersaing sesama sendiri untuk menunjukan siapa yang paling handal!

Untuk ProjectDNA ini, mereka lebih memfokuskan kepada para gamer sahaja. Bagi mereka ProjectDNA: The Gamer Continuum ini lebih kepada gamer bersosial sesama mereka di dalam satu space dan bermain game bersama secara face to face.

Tak dinafikan terdapat stigma yang mengatakan yang gamer tidak pandai bergaul, tiada social skills dan hanya reti terperuk didalam bilik sambil bermain game dari pagi hingga malam.

Dengan adanya event seperti ServerDNA dan ProjectDNA : The Gamer Continuum ini, sedikit sebanyak menunjukan dan membuang stigma yang geng-geng gamer ini tidak pandai bergaul.

Untuk mengetahui tentang event yang akan datang, jangan lupa untuk follow Facebook ServerDNA supaya korang tak terlepas event-event untuk para gamer ini.

KATALAKI: Gaming dengan social life kene balance bro. Baru gamer sejati bro!

Last modified: 2 December 2018