Siapa Kata MotoGP Postponed?

Aktif, Motorsports

Selain daripada perlawanan bola sepak, perlumbaan MotoGP juga antara salah satu kejohanan sukan bertaraf dunia yang terpaksa ditangguhkan selepas berlakunya penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Berbeza dengan musim bola sepak Eropah yang memulakan kejohanan di pertengahan tahun, kejohanan MotoGP untuk musim 2020 sepatutnya memulakan perlumbaan yang pertama pada 8 Mac 2020 di Qatar. Malang sekali, perlumbaan MotoGP di Qatar terpaksa dibatalkan dan hanya perlumbaan untuk kelas Moto2 dan Moto3 sahaja yang dilangsungkan pada 8 Mac 2020 sebelum beberapa perlumbaan yang seterusnya ditangguhkan serta-merta.

 

View this post on Instagram

 

UPDATE: New 2020 #MotoGP calendar 🗓

A post shared by MotoGP (@motogp) on

Walaupun perlumbaan MotoGP di atas litar lumba ditangguhkkan, pelumba dan peminat sukan MotoGP masih lagi berpeluang untuk menikmati perlumbaan MotoGP dengan tercetusnya #StayAtHomeGP yang berlangsung di alam maya, berbekalkan kecanggihan dan kemodenan teknologi zaman kini.

 

View this post on Instagram

 

The first ever #MotoGP Virtual Race is right around the corner! 🎮 #StayAtHomeGP 🏠

A post shared by MotoGP (@motogp) on

Perlumbaan MotoGP di alam maya atau digelar MotoGP Virtual Race julung kali diadakan 29 Mac 2020 yang melibatkan 10 pelumba antaranya Fabio Quartararo, Maverick Vinales, Alex Rins, Alex Marquez dan Marc Marquez.

Boleh ditonton secara live streaming dan percuma di YouTube atau Facebook MotoGP, perlumbaan pertama MotoGP Virtual Race di litar lumba Mugello dimenangi oleh Alex Marquez, Francesco Bagnaia di tempat ke-2 dan Maverick Vinales di tempat ke-3.

 

View this post on Instagram

 

The #MotoGP Virtual Race podium boys 👏👏👏 #StayAtHomeGP 🏡 #AM73 #FB63 #MV12 #MotoGP

A post shared by MotoGP (@motogp) on

Disebabkan MotoGP Virtual Race mendapat sambutan dan jumlah tontonan yang membanggakan, perlumbaan MotoGP di alam maya sekali lagi dianjurkan yang digelar MotoGP Virtual Race 2, kali ni melibatkan pelumba MotoGP paling popular dan paling berumur iaitu Valentino Rossi.

 

View this post on Instagram

 

Get ready for #MotoGP Virtual Race II 🔥🎮 Here’s the line-up ⬆️ #StayAtHomeGP 🏡 #MotoGP

A post shared by MotoGP (@motogp) on

Yang menariknya mengenai MotoGP Virtual Race, bukan je pelumba siap berpakaian rasmi mewakili setiap pasukan, tapi kita sendiri boleh tengok reaksi spontan pelumba-pelumba yang selalunya hanya menunjukkan respons di dalam helmet semasa berlumba di atas litar, tapi kali ni meriah dengan adegan-adegan yang jarang kita dapat tengok terutama sekali melibatkan pelumba yang kurang mahir dengan alat permainan video. Mampu gak la buat hati kita yang dah berkurung dalam rumah selama beberapa minggu ketawa kecil.

Perlumbaan MotoGP Virtual Race 2 yang berlangsung pada 12 April 2020 di litar Red Bull Ring, dimenangi oleh Francesco Bagnaia, Maverick Vinales di tempat ke-2 dan Alex Marquez di tempat ke-3. Boleh tahu dah la pelumba mana satu yang kaki game.

Selain daripada berpeluang untuk memperkenalkan barisan pelumba-pelumba MotoGP untuk musim 2020, MotoGP Virtual Race juga mungkin mampu mempromosikan lagi permainan video MotoGP 20 yang dijangka akan mula dipasarkan pada 23 April 2020 nanti. Macam sedap lak tengok pelumba-pelumba MotoGP layan game MotoGP.

KATALAKI: Sama-sama kita nantikan kalau ada perlumbaan ke-3 MotoGP Virtual Race.

Last modified: 15 April 2020