“Freddy Mercury” Dalam Filem James Bond?

Sembang

Semalam, 25 April 2019, team produksi James Bond dah umumkan siapa yang akan ada dalam filem James Bond terbaru ni nanti. Sebelum ni kami ada gak buat artikel pasal gadis Bond yang cun melecun. Korang boleh tengok kat sini kot-kot ada yang korang berkenan. Huhuhu.

Filem terbaru ni belum lagi ada tajuk yang rasmi, tapi filem ni merupakan filem James Bond yang ke-25 sejak dari tahun 1962. Filem terbaru James Bond ni juga akan menjadi filem terakhir lakonan Daniel Craig sebagai James Bond.

Ni pelakon-pelakon lain yang akan ada dalam filem terbaru James Bond.

Ramai yang teruja dengan pemilihan Rami Malek sebagai salah seorang pelakon yang akan memeriahkan lagi filem terbaru James Bond ni nanti. Rami Malek akan berlakon sebagai penjahat misteri yang menggunakan teknologi canggih untuk berlawan dengan James Bond.

Filem James Bond yang terbaru ni nanti akan mengisahkan pasal James Bond yang dah chow daripada jadi agent 007 dan tengah sedap bercuti kat Jamaica. Tiba-tiba, kawan baik kepada James Bond, Felix Leiter datang jumpa James Bond untuk minta tolong. Maka bermula lah aksi James Bond.

Felix Leiter dan James Bond. Image Via : godhatesgeeks.com

Siapa Gadis Bond Dalam Filem Ni?

Ni yang korang paling nak tahu sekali kan? Gadis Bond dalam filem Spectre sebelum ni, Lea Seydoux masih lagi ada dalam filem terbaru James Bond.

Selain Lea Seydoux, ada gak penampilan pelakon baru, Ana de Armas yang pernah berlakon dalam filem Blade Runner 2049.

Image Via : ultimahora.es

Filem terbaru James Bond ni dijangka akan ditayangkan pada April 2020 nanti. Nah korang layan jap video daripada Rami Malek kat bawah ni. Dah boleh terbayang macam mana jahat dan kejamnya watak Rami Malek dalam filem ni nanti.

KATALAKI: Makin laku nampaknya Rami Malek ni. Korang layan drama Mr. Robot tak?

Last modified: 27 April 2019