Siapa Lelaki Yang Selalu Dijadikan Meme Ni?

Sembang

Lebih daripada berjuta-juta pengguna media sosial pernah gunakan meme yang menggunakan mimik muka lelaki ni. Tapi tak sampai 10 orang pun yang tahu siapa sebenarnya lelaki yang popular di dunia meme ni, betul?

Pemilik mimik muka yang dijadikan meme ni dikenali sebagai Drew Scanlon, pernah bekerja sebagai penerbit video untuk Giant Bomb, sebuah laman web yang menceritakan segala-galanya pasal permainan video.

Mimik muka kelip mata Drew Scanlon yang popular tu berasal daripada video yang dihasilkan oleh Giant Bomb untuk rancangan “Unprofessional Fridays” yang ditayangkan pada tahun 2013. Kalau korang cari kat YouTube boleh jumpa versi penuh.

Buat masa ni, Drew Scanlon dah pun tinggalkan Giant Bomb dan fokusnya kini kepada projek amal yang dijalankan menggunakan populariti meme yang viral di media sosial.

Ramai gak sebelum ni yang salah anggap ingatkan meme ni gunakan muka Cary Elwes, Michael C. Hall dan Gordon Ramsay sehingga lah Drew Scanlon tampil di media sosial untuk mengaku yang meme tu gunakan muka dirinya sendiri. Tahniah brader.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cary Elwes (@caryelwes) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gordon Ramsay (@gordongram) on

KATALAKI: Jarang kita nampak orang biasa yang viral di media sosial berusaha gunakan populariti tersebut untuk tujuan amal.

Last modified: 2 October 2019