Siapa Mamat Protest Pegang Kadbod?

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada bulan Oktober 2019, jejaka bernama Seth Phillips dan pengasas Jerry Media; Elliot Tebele mengambil pendekatan yang berbeza untuk meluahkan perasaan dan pendapat di tengah-tengah jalan bandar New York sambil memegang kadbod yang bertulis “Stop replying-all to company-wide emails”. Tulisan yang terdapat pada kadbod tersebut dirasai oleh orang disekeliling yang lalu lintas di tempat tersebut dan ramai yang bersependapat dengan mesej yang disampaikan oleh Seth dan Elliot tersebut.

Gambar sign kadbod tersebut buat pertama kalinya dimuat-naik di laman Instagram milik Elliot Tebele namun nama Seth Phillips dan Elliot Tebele mula mendapat sambutan di media sosial selepas tanda “protest” kadbod kedua yang dimuat-naik dengan tulisan “Seinfeld is way better than Friends” di hadapan billboard sitcom “Friends”, dan mereka berdua mengambil peluang ini dengan menubuhkan Instagram khas untuk aktiviti protest kadbod mereka.

Daripada situ lah instagram @dudewithsign ditubuhkan dan account Instagram tersebut mula mendapat sambutan. Dalam masa 4 bulan selepas penubuhan account Instagram tersebut, mereka berjaya mengumpul sebanyak lebih 4 juta followers. Protest tepi jalan yang dilakukan semata-mata hanya untuk membahan perkara-perkara yang relatable dengan situasi semasa, Seth Phillips tidak menjangkakan aktiviti yang dilakukan beliau mendapat sambutan, terutama sekali dikalangan followers media sosial sehingga membuatkan dirinya dikenali ramai.

“Selalunya dalam beberapa minit corner tepi jalan yang kami lepak akan dipenuhi ramai orang yang mula mengeluarkan telefon dan mengambil gambar. Bila dah habis lepak, ramai yang nak mengambil gambar dan video” kata Seth Phillips dalam sebuah temuduga bersama Forbes.com.

Image via: https://twitter.com/dudewithsign

Image via: https://twitter.com/dudewithsign

“Masih lagi rasa macam pelik dan janggal. Kelakar bila orang dah kenali saya dan saya famous sebab pegang kadbod dengan sign” kata Seth yang juga merupakan pengasas boardgame What Do You Meme dan Instagram meme @f*ckjerry. Menurut Seth Phillips, @dudewithsign sering mendapat idea-idea untuk protest daripada persekitaran dan disekeliling pejabat mereka. “Bila buat idea untuk sign protest, kami selalu cari perkara-perkara yang kelakar dan sangat kena dengan situasi di laman media sosial. Perkara tersebut yang membuatkan Instagram @dudewithsign mula mendapat followers yang banyak.

Setelah berjaya mendapat perhatian dan reaksi ramai penguna laman media sosial. Seth Phillips dan Instagram @dudewithsign mula mendapat sponsorships daripada jenama-jenama terkenal antaranya Old Spice, sehingga muncul di rancangan popular The Ellen Show. Apabila ditanya adakah Seth akan teruskan dengan aktiviti-aktiviti di Instagram @dudewithsign, Seth berkata beliau masih lagi memikirkan idea untuk account Instagram yang seterusnya. “Saya tak pernah terfikir boleh jadi terkenal disebabkan apa yang saya lakukan ini. Buat masa sekarang, saya masih teruskan ambil semua peluang yang ada.

DUDE WITH SIGN VERSI MALAYSIA

Aahhh kalau kat Malaysia ni pun tak kurang hebatnya ya. Mengambil idea bernas yang tercetus daripada @dudewithsign. Ada sekumpulan brother-brother yang mengambil peluang untuk membuat laman Instagram dan mengelarkan mereka @bebudak.kadbod, menjadikan mereka @dudewithsign versi local lah.

Sama seakan seperti idea @dudewithsign, geng-geng kita ini juga menyampaikan mesej-mesej yang padu dan spot on dengan situasi serta perkara yang kita alami di Malaysia. Baru-baru ini diorang jugak dah pun pergi ke restoran makanan segera Mcd dengan membawa signboard yang bertulis “Mcd tempat makan bukan study”.

Tahniah kami ucapkan tahniah kepada geng-geng @bebudak.kadbod yang rajin dan mengunakan masa yang terluang dengan betul. Setakat ni, laman Instagram milik @bebudak.kadbod dah pun mempunyai 29 ribu followers. Fuhh banyak tu geng!

KATALAKI: Harap-harap ada la jugak yang gunakan kadbod untuk sampaikan mesej-mesej untuk berdakwah #donedakwah

Last modified: 11 February 2020