Siapa Miles Morales Dalam Game Terbaru Spider-Man?

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Menjelang hari pembebasan PlayStation 5 kepada orang ramai yang dijangka berlaku di penghujung tahun 2020, dah ada beberapa permainan video yang diumumkan oleh PlayStation bagi menggoda orang ramai untuk menyambar PlayStation 5 nanti. Salah satunya adalah Spider-Man: Miles Morales yang akan mula dipasarkan serentak dengan PlayStation 5. Maknanya, Spider-Man: Miles Morales memang eksklusif untuk PlayStation 5 dan hanya boleh dimainkan di PlayStation 5. Mungkin ada antara kita yang masih tertanya-tanya, siapa sebenarnya Miles Morales?

Kalau korang pernah tengok filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse yang ditayangkan pada tahun 2018, mesti korang dah cukup kenal dengan watak Miles Morales yang ditampilkan sebagai Spider-Man terbaru untuk meneruskan legasi Peter Parker menyelamatkan dunia daripada gangguan kuasa jahat. Selepas kejayaan filem Spider-Man: Into the Spider-Verse yang berjaya mencipta keuntungan melampau, menang beberapa anugerah ternama dan juga menerima pujian menggunung daripada penonton, kehebatan jenama Miles Morales diteruskan lagi menerusi game terbaru yang memfokuskan kisah jalan cerita Miles Morales yang digigit oleh labah-labah makmal, memberikan Miles Morales kebolehan melampau dan superpower seperti yang pernah dimiliki oleh Peter Parker.

Info penting, game Spider-Man: Miles Morales merupakan sambungan atau sequel kepada game Marvel’s Spider-Man yang dipasarkan pada tahun 2018. Tapi jangan risau, kalau korang tak pernah main game Marvel’s Spider-Man, korang masih lagi boleh main game Spider-Man: Miles Morales dengan selesa kat PlayStation 5 sebab jalan cerita, musuh dan sebagainya, semuanya baru. Peter Parker masih lagi ada ditampilkan dalam game Spider-Man: Miles Morales, tapi kali ni fokus sepenuhnya diberikan kepada Miles Morales.

Macam mana pula dengan superpower yang dimiliki oleh Miles Morales? Sama ke macam Peter Parker? Kalau korang dah tengok filem Spider-Man: Into the Spider-Verse, mesti korang boleh nampak yang kehebatan Miles Morales lebih kurang sama macam Peter Parker. Tapi ada sedikit kelainan sebab yang menggigit Miles Morales adalah labah-labah yang berbeza daripada labah-labah yang menggigit Peter Parker. Jadi, kelainan superpower yang dimiliki oleh Miles Morales adalah kebolehan halimunan dan mampu menghasilkan tenaga bio-eletrik. Kalau dalam game Spider-Man: Miles Morales nanti, boleh lah pemain mencuba sendiri superpower yang dimiliki oleh Miles Morales macam dalam filem Spider-Man: Into the Spider-Verse. Cuma, dalam game Spider-Man: Miles Morales nanti, perbezaan dapat dirasakan melalui pergerakan dan hayunan labah-labah kalau nak dibandingkan dengan game yang pertama, Marvel’s Spider-Man sebab Miles Morales jauh lebih muda daripada Peter Parker dan Miles Morales juga belum ada pengalaman yang cukup lama menggalas tanggungjawab sebagai Spider-Man kalau nak dibandingkan dengan Peter Parker.

Jadi, sementara nak tunggu game Spider-Man: Miles Morales dan PlayStation 5 mula dipasarkan, boleh lah kita layan dulu filem Spider-Man: Into the Spider-Verse puas-puas supaya kita lebih faham jalan cerita yang disampaikan dalam game Spider-Man: Miles Morales nanti.

KATALAKI: Bijak betul Sony. Dua jenama besar, PlayStation 5 dan Spider-Man: Miles Morales mula dipasarkan pada waktu yang sama. Dua-dua hak milik Sony. Masyuk.

Last modified: 9 July 2020