Siapa Mohamadou Sumareh?

Aktif, Bola

Korang tak terkejut dan pelik ke tiba-tiba nampak ada sorang warga Afrika sarung jersi Harimau Malaya kat atas padang mewakili pasukan bola sepak negara kita?! Masa Piala Suzuki AFF 2018 ni baru korang nampak kan? Jangan nak terkejut sangat. Yang dah tahu dan kenal tu bagus. Kalau korang yang belum lagi tahu atau tak sure, itu lah dia Mohamadou Sumareh. Pemain bola sepak profesional untuk pasukan Pahang FA dan juga salah seorang pemain untuk skuad Harimau Malaya.

Mohamadou Sumareh sebenarnya berasal dari negara Gambia. Kalau tak pernah dengar pi Google sekarang. Sumareh lahir pada 20 September 1991. So, maknanya tahun 2018 ni Sumareh berumur 27 tahun. Kenapa pemain Afrika boleh main untuk Harimau Malaya lak? Sabar jap boss. Kita layan dulu gambar-gambar boek Sumareh tengah perform kat atas padang ni. Macam lipas kudung!

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Mohamadou Sumareh lah orang pertama kat Malaysia ni yang diberi kelulusan oleh kerajaan Malaysia dan FAM untuk bermain dan mewakili skuad Harimau Malaya sebagai pemain Naturalisasi. Pemain Naturalisasi ni maksudnya pemain bola warganegara asing yang dapat kerakyatan Malaysia dan kelulusan daripada kerajaan Malaysia dan FAM untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan dengan syarat pemain tersebut mesti lah tinggal atau bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Sumber : affsuzukicup.com

Sumareh sebenarnya dah tinggal kat Malaysia sejak daripada umur 12 tahun lagi. Bersekolah kat sini dan juga sambung belajar lepas sekolah pun kat Malaysia gak. Kira Malaysia ni memang dah sebati lah dalam jiwa dan raga Sumareh. Tahun 2011, Sumareh bermain dengan salah satu team bola sepak di Gambia, Steve Biko FC. Tahun 2013, Sumareh pindah team dan bermain dengan team PDRM lepas tu join team Perlis pada tahun 2016. Yang terkini, Sumareh beraksi dengan Pahang FA dalam Liga Super.

Sumber : Khairul Hairuddin/CSN

Debut atau kali pertama Sumareh sarung jersi Malaysia masa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Sri Lanka dan Malaysia pada Oktober 2018 yang lepas. Masa kali pertama main untuk Harimau Malaya hari tu, Sumareh dah score gak gol sulung untuk Malaysia! Setakat ni Sumareh dah pernah jaringkan  2 gol untuk Harimau Malaya. Untuk Piala Suzuki AFF 2018 ni, Sumareh belum lagi jaringkan gol untuk Harimau Malaya. Come on Sumareh!

Ni akaun Instagram rasmi Sumareh untuk korang follow. Jom serbu IG Sumareh!

 

View this post on Instagram

 

An honour representing Malaysia 🇲🇾 thanks for the support tonight #harimau Malaya 🇲🇾🐅

A post shared by Mohamadou Sumareh (@sumareh_jnr26) on

KATALAKI: Gandingan Sumareh dan Safawi kat kiri dan kanan sayap Harimau Malaya memang ngam.

Last modified: 24 December 2018