Siapa “Orang Besi” Dickson Nwakaeme?

Aktif, Bola

Musim terbaru Liga Super 2019 kali ni, Dickson Nwakaeme kembali menyarung jersi Pahang untuk kali yang kedua selepas meninggalkan pasukan Pahang pada Disember 2015. Wira pasukan Pahang ni juga digelar orang besi oleh peminat-peminat bola sepak tempatan. Korang tahu tak kenapa Dickson Nwakaeme diberi gelaran orang besi?

Disebabkan Dickson Nwakaeme bertubuh sasa dan susah untuk dijatuhkan oleh pemain lawan, tu yang melekat panggilan orang besi tu. Bukan je sado, Dickson Nwakaeme juga mampu untuk gelecek dua atau tiga pemain pertahanan lawan.

Sebenarnya Pahang bukannya pasukan pertama yang Dickson Nwakaeme join masa pertama kali jejakkan kaki di liga bola sepak Malaysia. Pada tahun 2013, Dickson Nwakaeme beraksi bersama pasukan Kelantan selama satu musim dan berjaya menjulang Piala FA pada tahun yang sama. Tahun 2014 baru la Dickson Nwakaeme berpindah untuk beraksi dengan Pahang.

Musim pertama bersama Pahang, Dickson Nwakaeme berjaya menghadiahkan dua piala untuk Pahang pada tahun 2014, Piala Malaysia dan Piala FA.

Penghujung tahun 2015, penyokong Pahang ramai yang murung disebabkan pemain kesayangan dorang buat keputusan untuk chow dari Pahang untuk beraksi bersama pasukan SCO Angers yang bersaing di Ligue 1, Perancis.

Tahun 2019 ni, Dickson Nwakame berusia 33 tahun dan setakat minggu ke 4 Liga Super 2019, Dickson Nwakaeme masih lagi tersenarai sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan jumlah 3 gol.

Ni Instagram rasmi Dickson Nwakaeme untuk korang follow okeh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DN10🇳🇬 (@dicksonnwakaeme) on

KATALAKI: Tahun 2019 ni gandingan Sumareh, Matthew Davies, Norshahrul Idlan Talaha ditambahkan lak dengan orang besi. Pehh.

Last modified: 28 February 2019