Siapa Sebenarnya Budak Lelaki Ni?

Sembang

Nampak je macam budak atau kanak-kanak lelaki. Tapi sebenarnya lelaki yang selalu digunakan sebagai meme di media sosial sekarang ni ialah seorang lelaki yang berumur 37 tahun pada tahun 2019 ni, juga dikenali sebagai Osita “Paw Paw” Iheme.

Image Via : buzznigeria.com

Osita “Paw Paw” Iheme merupakan seorang pelakon popular yang berasal dari Nigeria. Osita Iheme popular dengan gelaran “Paw Paw” disebabkan nama watak Paw Paw yang dipegang oleh Osita Iheme dalam filem komedi Aki na Ukwa yang ditayangkan di Nigeria pada tahun 2002. Masa tu Osita Iheme berumur 20 tahun.

Image Via : YouTube

Lakonan Osita Iheme dalam filem Aki na Ukwa ni la yang selalu dijadikan meme kat media sosial. Ada gak filem-filem lain lakonan Osita Iheme yang dijadikan meme pada tahun 2019 ni. Pada tahun 2007, Osita Iheme pernah dianugerahkan Lifetime Achievement Award di African Movie Academy Awards.

Image Via : thisisafrica.me

Ini antara meme yang tersebar luas menggunakan lakonan Osita Iheme dalam filem-filemnya sebelum ni.

KATALAKI: Dah tahu dah la siapa sebenarnya lelaki yang selalu digunakan sebagai meme ni

Last modified: 9 August 2019