Siapa Sebenarnya Gadis Yang Bermurah Hati Ni?

Sembang

Kalau korang tengok perlawanan akhir UEFA Champions League antara Tottenham Hotspur dan Liverpool hari tu mesti korang dah pernah tengok gadis ni.

Image Via : dexerto.com

Siapa sebenarnya gadis ni? Apa yang dia fikir sampai sanggup lari ke tengah padang dengan berpakaian macam tu? Sabar. Mari kita rungkai satu per satu.

Siapa Gadis Pemurah Ni?

Image Via : dnaindia.com

Kinsey Wolanski berumur 22 tahun dan merupakan teman wanita kepada seorang YouTuber, Vitaly Zdorovetskiy. Kalau korang dah memang kenal, YouTube channel tersebut diberi nama VitalyzdTV. Sebab tu kat baju gadis tu ada tulis Vitaly Uncensored. Nak promosikan YouTube channel teman lelaki dia.

Image Via : YouTube

Buat masa ni, akaun Instagram Kinsey Wolanski dah pun dipadam dan digantung oleh pihak Instagram disebabkan bilangan followers yang naik mencanak. Korang la tu kan salah sorang followers dia. Tak pasti lagi akaun Instagram Kinsey Wolanski ni akan digantung sampai bila. Tapi akaun Instagram teman lelaki dia masih lagi aktif buat masa ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vitaly (@vitalyzdtv) on

Kalau korang nak tengok dari sudut pandangan lain masa kejadian pencerobohan perlawanan akhir Champions League hari tu, nah silakan tengok video kat bawah ni.

Ini lah dia kemungkinan yang akan terjadi bila semakin ramai manusia yang terkejar-kejarkan likes, followers dan subscibers. Bayangkan kalau gadis tersebut buat sesuatu yang lebih menyeramkan kat tengah padang dan disiarkan secara langsung kat TV satu dunia. Tapi apa-apa pun, Kinsey Wolanski menyebabkan semua peminat bola sepak yang hampir tertidur masa tengok perlawanan akhir Champions League antara Spurs dan Liverpool hari tu.

KATALAKI: Mungkin gak Kinsey Wolanski dan teman lelaki dia cuba untuk buktikan yang ada ruang untuk lakukan sebarang jenayah semasa perlawanan bola sepak yang bertaraf dunia. Pihak keselamatan tak berjaga betul-betul la ni.

Last modified: 4 June 2019