Siapa Sebenarnya Kostas Tsimikas?

Aktif, Bola

Bukan penyokong Liverpool je yang tercari-cari siapa sebenarnya Kostas Tsimikas, tapi seluruh peminat bola sepak masih lagi tertanya-tanya apa yang membuatkan juara Premier League 2019/20, Liverpool bersetuju untuk membawa Kostas Tsimikas beraksi di Anfield. Secara rasmi, Kostas Tsimikas sah bergelar pemain terbaru Liverpool yang dibeli dari kelab Olympiacos, pembelian pemain pertama yang dilakukan oleh Liverpool sebelum mengharungi musim terbaru Premier League 2020/21 yang akan bermula pada 12 September 2020.

Berasal dari Greece, Kostas Tsimikas yang berumur 24 tahun mula menyertai Olympiacos pada tahun 2014 ketika masih remaja sebelum diberi peluang membuat kemunculan bersama pasukan senior pada tahun 2015. Bagi membolehkan Kostas Tsimikas menimba pengalaman yang lebih luas di dalam padang, Kostas Tsimikas pernah dipinjamkan ke kelab Esbjerg dan Willem II, kelab yang pernah menggilap bakat Virgil van Dijk dan Sami Hyppia, sebelum kembali ke Olympiacos dengan aksi yang lebih lincah dan padu menjelang penghujung tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

The boss on our new signing 🙌🔴 #LFC #LiverpoolFC #Tsimikas

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Posisi kegemaran Kostas Tsimikas adalah di bahagian kiri pertahanan, bukan je mampu memperkuatkan benteng pertahanan, tapi Kostas Tsimikas juga boleh menyerang dan membuat hantaran lintang yang tepat. Memang kena lah dengan gameplay Liverpool yang dipimpin oleh Jurgen Klopp sekarang ni yang gemar mencipta serangan dari arah kiri dan kanan padang. 

Secara kasar, kita boleh nampak Kostas Tsimikas berkemungkinan akan menjadi pemain backup kepada Andrew Robertson yang dianggap salah seorang pemain bek kiri terbaik dunia, juga bermain di posisi sama, mempunyai kelebihan menggelecek, mampu melakukan larian yang laju di bahagian kiri, boleh mencipta peluang gol menerusi hantaran bola yang tinggi dan mempunyai kehebatan menggunakan kaki kiri. Semasa beraksi bersama Olympiacos, Kostas Tsimikas juga pernah didedahkan dengan peluang beraksi di pentas Eropah, bersaing di UEFA Europa League dan UEFA Champions League. Sebelum berpindah secara rasmi ke Liverpool, Kostas Tsimikas sempat menjulang piala kejuaraan Super League Greece 2019/20, berjaya mencipta 5 bantuan gol sepanjang musim.

Bersama Liverpool, Kostas Tsimikas akan menyarung jersi bernombor 21, nombor yang pernah dipakai oleh Alex Oxlade-Chamberlain, Lucas Leiva, Djimi Traore dan Gary McAllister di Liverpool. Sebelum ni ketika bersama Olympiacos, Kostas Tsimikas juga menggunakan jersi bernombor 21.

KATALAKI: Kostas Tsimikas dikatakan pilihan kedua Liverpool untuk mendapatkan pemain yang boleh menjadi backup kepada Andrew Robertson selepas gagal mendapatkan Jamal Lewis dari Norwich City.

Last modified: 11 August 2020