Siapa Sebenarnya Pelakon Batwoman?

Sembang

Semalam baru je keluar trailer terbaru drama bersiri Batwoman yang akan ditayangkan di rangkaian television The CW dan dijangkan akan mula ditayangkan bermula Oktober nanti. Yang belum lagi tengok, korang boleh tengok jap trailer Batwoman kat bawah ni.

Amacam? Batwoman kali ni lesbian bro. Korang familiar tak dengan pelakon yang bawa watak sebagai Batwoman ni? Jom kita study sikit siapa pelakon yang berlakon sebagai Batwoman ni.

Siapa Pelakon Batwoman?

Watak Batwoman kali ni dilakonkan oleh Ruby Rose, lahir pada tahun 1986 dan berasal daripada Melbourne, Australia. Sebelum terlibat dengan dunia lakonan, Ruby Rose pernah popular sebagai MTV VJ di Australia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ruby Rose (@rubyrose) on

Sebelum ni, Ruby Rose pernah gak berlakon dalam drama bersiri kat Netflix, Orange Is The New Black. Korang ada layan tak cerita ni? Ingat lagi ke tak Ruby Rose ni watak yang mana satu?

Image Via : washingtonpost.com

Selain daripada terlibat dengan drama bersiri, Ruby Rose pernah berlakon dalam beberapa filem yang popular antaranya XXX: Return of Xander Cage, John Wick: Chapter 2 dan Pitch Perfect 3.

John Wick: Chapter 2. Image Via : revronmovies.blogspot.com

Image Via : teenvogue.com

Kat Mana Boleh Tengok Batwoman?

Sebelum ni, drama bersiri The Flash, Arrow dan Supergirl yang memang sebumbung dengan Batwoman ada ditayangkan kat Netflix. Tapi setakat ni takde lagi berita pasal drama bersiri Batwoman akan ada kat Netflix ke tak. Sama-sama lah kita tunggu pengumuman daripada Netflix.

KATALAKI: Korang jangan confius lak Batwoman dengan Batgirl.

Last modified: 30 May 2019