Siapa Sebenarnya Pengurus Terbaru Barcelona?

Aktif, Bola, ZeKool

Selepas Ernesto Valverde teruk dikecam oleh penyokong Barcelona disebabkan gagal menampilkan corak permainan yang cantik dan juga gagal untuk memenangi piala yang diidam-idamkan iaitu piala UEFA Champions League, Ernesto Valverde secara rasmi dipecat oleh Barcelona pada 14 Januari 2020.

Sepanjang 3 tahun memimpin pasukan Barcelona, Ernesto Valverde berjaya menang piala La Liga sebanyak 2 kali, Copa del Rey dan Spanish Super Cup sekali. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan legenda Barcelona, Xavi bakal menggantikan tempat Ernesto Valverde sebagai pengurus terbaru Barcelona, nampaknya berita tersebut tak menjadi kenyataan.

Yang terkini, Quique Setién sah dilantik sebagai pengurus terbaru Barcelona menggantikan Ernesto Valverde, diumumkan sendiri oleh Barcelona pada 14 Januari 2020.

Korang reti tak tu nak sebut nama pengurus baru Barcelona? Siapa sebenarnya Quique Setién ni? Mari kita selak satu per satu.

Berasal dari Sepanyol, Quique Setién merupakan bekas pemain bola sepak profesional yang pernah beraksi di La Liga pada zaman 70an sehingga 90an bersama pasukan Racing Santander, Atletico Madrid dan Levante. Selepas menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional, Quique Setién mula terlibat dalam bidang pengurusan bola sepak bersama pasukan kesayangannya, Racing Santander pada tahun 2001.

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Quique Setién sehingga dilantik oleh Barcelona untuk menjadi pengurus terbaru Bacelona adalah disebabkan gaya taktikal yang diamalkan oleh Quique Setién berdasarkan taktikal yang pernah diterapkan oleh Johan Cruyff ketika memimpin skuad Barcelona pada tahun 1988 sehingga 1996 iaitu possession football.

Sebelum dilantik sebagai pengurus terbaru Barcelona, Quique Setién merupakan pengurus kepada pasukan Real Betis sejak tahun 2017, berjaya memimpin Real Betis menamatkan musim 2017/18 di tempat ke-6 La Liga, sekali gus layak bertanding di UEFA Europa League sebelum meletakkan jawatan di penghujung musim pada tahun 2019. Setakat ni, Quique Setién belum pernah menang apa-apa lagi piala sejak terlibat dalam bidang pengurusan bola sepak.

Kontrak Quique Setién bersama Barcelona selama 2 tahun je iaitu sehingga tahun 2022. Mungkin lepas tu baru kita boleh tengok Xavi yang memimpin Barcelona atau Quique Setién berjaya membentuk semula Barcelona macam zaman Pep Guardiola? Sama-sama kita nantikan.

KATALAKI: Semakin ramai pemain lama “balik kampung” nampaknya…

Last modified: 16 January 2020