Siapa Sebenarnya Robert B. Weide?

Sembang

Rasanya korang pun dah familiar dengan nama Robert B. Weide bila layan video-video lawak yang tersebar di media sosial. Korang pernah tak terfikir siapa sebenarnya Robert B. Weide ni? Adakah Robert B. Weide ni seorang pengarah filem popular? Kenapa nama Robert B. Weide ni digunakan dalam video-video lawak? Mari kita siasat.

Image Via : YouTube

Robert B. Weide sebenarnya merupakan seorang penerbit dan pengarah yang berasal dari Amerika Syarikat dan pernah terlibat dengan siri komedi television popular yang mula ditayangkan pada tahun 2000 sehingga 2017 bertajuk Curb Your Enthusiasm.

Image Via : amazon.com

Robert B. Weide juga pernah menang beberapa anugerah dalam Emmy Award antaranya anugerah Outstanding Informational Special untuk rancangan dokumentari TV, W.C. Fields: Straight Up pada tahun 1986.

Robert B. Weide sekali lagi berjaya menang anugerah di Emmy Award menerusi rancangan dokumentari TV bertajuk Lenny Bruce: Swear to Tell the Truth pada tahun 1999 untuk anugerah Outstanding Achievement in Non-Fiction Programming – Picture Editing.

Pada tahun 2003, Robert B. Weide menang lagi anugerah di Emmy Award menerusi siri komedi TV Curb Your Enthusiasm untuk anugerah Outstanding Directing for a Comedy Series. Untuk info, Emmy Award ialah majlis anugerah untuk menghargai bakat-bakat yang terlibat dengan rancangan TV, setaraf dengan Academy Award untuk yang terlibat dengan filem dan Grammy Award untuk muzik.

Untuk pengetahuan korang, end credit yang digunakan dalam video-video lawak yang pernah viral tu asalnya daripada end credit untuk siri komedi TV, Curb Your Enthusiasm.

Robert B. Weide sendiri ada bagi tahu kat media sosial berkenaan video-video lawak yang menggunakan end credit siri komedi TV, Curb Your Enthusiasm.

KATALAKI: Dah tak pasal-pasal followers Robert B. Weide kat media sosial semakin bertambah.

Last modified: 16 October 2019