Siapa Sebenarnya Takumi Minamino?

Aktif, Bola

Nama Takumi Minamino mula menjadi bualan ramai di media sosial dan juga di kedai mamak selepas dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan yang berjaya menjulang piala UEFA Champions League 2018/19, Liverpool. Yang terkini, Takumi Minamino dah pun secara rasmi menjadi pemain terbaru Liverpool, diumumkan oleh Liverpool sendiri.

Takumi Minamino yang berasal dari Jepun, akan mula beraksi bersama dengan skuad Liverpool selepas jendela perpindahan pemain Premier League dibuka pada 1 Januari 2020 nanti. Sebelum berpindah ke Liverpool, Takumi Minamino merupakan pemain bahagian tengah yang beraksi di liga Austria bersama dengan pasukan FC Red Bull Salzburg sejak tahun 2015.

Lahir pada tahun 1995, Takumi Minamino dah pernah menang 9 piala bersama FC Red Bull Salzburg di Austria. Mungkin tak lama lagi Takumi Minamino akan merasa pegang piala Premier League lak? Takumi Minamino juga merupakan pemain bola sepak Asia dan Jepun pertama yang dapat beraksi dengan skuad senior Liverpool. Buat pertama kalinya gak lah Liverpool guna bahasa Jepun di media sosial. Lepas ni semakin bertambah ramai lah penyokong Liverpool dari negara-negara Asia nampaknya.

Takumi Minamino bukan lah pemain pertama yang pernah beraksi di FC Red Bull Salzburg sebelum berpindah ke Liverpool. Sadio Mane dan Naby Keita juga antara pemain Liverpool yang dulunya pernah beraksi bersama FC Red Bull Salzburg.

Kalau korang tak pernah lagi tengok macam mana style atau corak permainan yang selalu ditampilkan oleh Takumi Minamino kat atas padang, cer try layan video kat bawah ni dulu.

Bertahan boleh, menyerang boleh, jaringkan gol pun boleh. Setakat artikel ni ditulis, Takumi Minamino dah pun berjaya jaringkan 64 gol, mencipta 44 bantuan gol (assist) dalam 199 perlawanan bersama FC Red Bull Salzburg.

Takumi Minamino juga secara rasmi akan menggunakan jersi bernombor 18 di Liverpool, nombor yang pernah digunakan oleh Alberto Moreno, Dirk Kuyt dan John Arne Riise sebelum ni.

KATALAKI: Agak-agak korang, Takumi Minamino akan main kat posisi mana nanti? Mo Salah dan Sadio Mane dah memang tak boleh diusik.

Last modified: 23 December 2019