Siapa Wan Kuzain?

Aktif, Bola

Nama Wan Kuzain bukan lagi nama yang baru kita dengar kat media sosial atau pun di bibir peminat-peminat bola sepak negara. Wan Kuzain Wan Kamal dilahirkan pada tahun 1998, berumur 21 tahun pada tahun 2019, merupakan pemain bola sepak profesional yang lahir di Amerika Syarikat, mempunyai ibu bapa yang berasal dari Malaysia.

Pada 18 Oktober 2019, Wan Kuzain dipanggil oleh ketua jurulatih Harimau Malaya B-22, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya B-22 sebagai persiapan untuk skuad bola sepak negara bersaing di Sukan SEA 2019.

Update terkini, Wan Kuzain secara rasmi tidak akan menyertai pasukan Harimau Malaya B-22 bertanding di pentas Sukan SEA 2019 disebabkan masalah dokumentasi. Takde rezeki la nampaknya untuk kita tengok Wan Kuzain beraksi dengan pasukan Harimau Malaya B-22. Tapi takpe, peluang untuk Wan Kuzain bersama dengan skuad senior Harimau Malaya suatu hari nanti masih lagi ada.

Buat masa ni, Wan Kuzain masih lagi bersama dengan pasukan yang beraksi di Major League Soccer, Amerika Syarikat iaitu Sporting Kansas City.ย Bakat Wan Kuzain dalam bidang bola sepak mula diasah di akademi bola sepakย St. Louis Scott Gallagher Soccer Club selama beberapa tahun sebelum menyertai akademi bola sepak Sporting Kansas City pada tahun 2016, dalam masa yang sama, Wan Kuzain juga beraksi bersama pasukan akademi Swope Park Rangers sehingga tahun 2018.

Pada 13 April 2018, selepas Wan Kuzain menandatangani kontrak secara rasmi dengan Sporting Kansas City, Wan Kuzain berjaya menjaringkan 1 gol dalam 6 perlawanan Major League Soccer sebelum Wan Kuzain kembali dipinjamkan kepada pasukan pembangunan bola sepak dibawah Sporting Kansas City iaitu Swope Park Rangers.

Digelar “Malaysian Messi” oleh pihak media di Major League Soccer, gol pertama yang dijaringkan oleh Wan Kuzain di Major League Soccer adalah pada 4 Jun 2018 dalam perlawanan Sporting Kansas City menentang Minnesota. Wan Kuzain merupakan satu-satunya pemain bola sepak berketurunan dari Malaysia yang berjaya jaringkan gol di Major League Soccer, Amerika Syarikat.

KATALAKI: Salah satu kekuatan dalam padang yang dimiliki oleh Wan Kuzain adalah kualiti hantaran bola yang tepat kepada rakan sepasukan.

Last modified: 25 November 2019