Siapa Yang Mencipta Bom Atom?

Sembang, ZAP, ZeKool

Kalau sebut pasal bom atom, mesti kebanyakkannya akan fikir pasal bom atom yang digunakan semasa perang dunia. Memang tak dinafikan, ia merupakan senjata yang amat kuat yang membawa kemusnahan yang dasyat digunakan semasa perang yang menggunakan reaksi nuklear sebagai sumber tenaga letupan. Kalau korang nak tahu, para saintis mula mengembangkan teknologi senjata nuklear semasa Perang Dunia Kedua. Maksudnya sebelum tu memang tiada sebab untuk menghasilkan bom atom, dan dalam sejarah hanya dua kali sahaja bom atom digunakan semasa Perang Dunia Kedua. Ia digunakan oleh Amerika Syarikat untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Walau bagaimanapun, perlumbaan untuk menjadi pemegang tenaga nuklear terbesar di dunia tidak berhenti di situ dan masih berlangsung sehingga hari ini. Ujian letupan bom nuklear masih dijalankan lagi di kawasan-kawasan yang asing.

BOM ATOM PERTAMA DI DUNIA

At this point, kita dah tahu lah kan negara mana yang memulakan penggunaan bom atom di dunia ni, tapi siapakah orang yang bertanggungjawab mencipta bom atom? Sejarah penciptaan bom atom bermula dengan satu projek yang dikenali dengan nama Projek Manhattan. Ia merupakan satu usaha dibawah kepimpinan Amerika Syarikat untuk menggunakan teknologi bom nuklear untuk Perang Dunia Kedua. Projek Manhattan dikatakan sebagai tindak balas kepada rasa takut terhadap saintis Jerman yang dikhabarkan telah membangunkan senjata yang menggunakan teknologi nuklear sejak tahun 1930-an. 

Pada 28 Disember 1942, Presiden Franklin D. Roosevelt (Presiden Amerika Syarikat ke-32) membenarkan pembentukan Projek Manhattan untuk menyatukan pelbagai saintis dan pegawai tentera bekerja dalam penyelidikan pembangunan senjata nuklear. Sebilangan besar kerja Projek Manhattan ini dilakukan di Los Alamos, New Mexico, di bawah arahan ahli fizik teori bernama J. Robert Oppenheimer. Beliau telah digelar sebagai ‘Bapa Bom Atom’ atas kejayaannya membangunkan bom atom pertama di dunia.

Pada 16 Julai 1945, satu kawasan gurun terpencil di Alamogordo, New Mexico, ujian pertama letupan bom atom berjaya dijalankan. Hasil letupan bom tersebut telah menghasilkan satu awan berbentuk cendawan yang sangat tinggi, iaitu dengan ketinggian 40,000 kaki. Ujian pertama tersebut telah menandakan bahawa dunia telah memasuki zaman atomic bomb. Jadi boleh dikatakan bahawa ujian letupan tersebut merupakan letupan bom atom pertama di dunia, walaupun dicatatkan dalam sejarah bahawa bom atom hanya digunakan sebanyak dua kali sahaja iaitu di Hiroshima dan Nagasaki. 

PERLUMBAAN MENJADI NEGARA NUKLEAR TERBESAR

Jadi kita dah tahu siapa dan negara mana yang bertanggungjawab mencipta bom atom. Tapi selepas negara Jepun menyerah kalah semasa Perang Dunia Kedua akibat daripada letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Amerika Syarikat tidak menghentikan usaha mereka untuk menghasilkan senjata teknologi nuklear yang seterusnya. Pada ketika itu, Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang memiliki senjata nuklear selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Lawan mereka, pihak Soviet, ketika itu pada awalnya kekurangan pengetahuan untuk membangunkan teknologi senjata nuklear.

Namun, selepas beberapa tahun pihak Soviet memperolehi pengetahuan serta bahan untuk mengembangkan teknologi nuklear mereka sendiri. Ini semua hasil daripada pasukan-pasukan pengintipan yang mencuri hasil penyelidikan senjata nuklear. Pada tahun 1949, pihak Soviet berjaya menguji bom atom pertama mereka.

Bila hal ini sampai ke pengetahuan Amerika Syarikat, mereka pun memulakan tindak balas dengan melancarkan program nuklear yang baru pada tahun 1950 untuk mengembangkan lagi senjata termonuklear yang lebih maju. Maka bermula saat itu, perlumbaan senjata nuklear pun bermula di beberapa buah negara dan secara tak langsung telah memulakan Perang Dingin. 

Apa-apa pun, dunia sekarang memahami bahawa bom atom bukan lah cara terbaik untuk menghentikan peperangan serta ia lebih banyak membawa penderitaan kepada umat manusia seluruhnya. Jangan kata bom atom, sebarang jenis letupan bom yang memusnahkan sesuatu kawasan seharusnya ditegah sekeras-kerasnya. Ia dilihat sebagai satu bentuk kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. 

KATALAKI: Ada orang kata dunia akan lebih aman tanpa senjata bom nuklear…

Last modified: 12 August 2020