Siapakah Monument Men?

Kool Site, Sembang

Semasa Perang Dunia Kedua, Hitler telah menyuruh semua askar-askarnya untuk mencuri hasil seni dari negara yang dorang takluki. Tidak cukup dengan merampas masa depan rakyat tidak bersalah, Hitler juga ingin merampas masa silam mereka dengan mencuri semua hasil seni dan artifak sejarah mereka.

Antara barangan yang telah ambil adalah lukisan, sculptures, religious relic dan artifak sejarah daripada gereja yang terdapat di Eropah dan daripada keluarga-keluarga yahudi yang dia telah bunuh. Hitler telah menyuruh salah seorang orang kanannya iaitu Hermann Goering untuk mencuri hasil seni terkenal dari Michelangelo, Rembrandt, Picasso dan Leonardo da Vinci.

Hermann turut mengambil beberapa hasil seni untuk disimpan sendiri dan ini telah mendatangkan kerisauan kepada beberapa orang ahli sejarah dan museum directors. Mereka mula merancang untuk menubuhkan satu jawatan kuasa dan berkerjasama dengan pihak tentera bagi melindungi hasil seni lain dari dicuri oleh Hitler.

Pada tahun 1943, mereka akhirnya telah menubuhkan Monument Men yang terdiri daripada 350 orang lelaki dan wanita daripada 13 buah negara. Mereka semua tidak mempunyai apa-apa kemahiran dalam ketenteraan kerana mereka semua terdiri daripada museum curators, pelajar seni, arkitek, artist dan juga pakar sejarah yang berusia dalam lingkungan 40an.

Salah seorang yang bertanggungjawab mencipta Monument Men adalah George Stout, seorang museum director. Antara sebab dia mencipta Monument Men adalah kerana baginya walaupun Hitler berjaya membunuh semua orang, pasti ada diantara mereka yang akan terselamat dan kembali melawan namun kalau Hitler menghapuskan sejarah mereka ia umpama membuatkan mereka tidak pernah wujud sebelum ini.

Salah seorang ahli Monument Men adalah Harry Ettlinger yang merupakan warganegara Jerman namun telah melarikan diri bersama keluarganya ke Amerika Syarikat semasa Hitler mula-mula berkuasa di sana. Dia telah memasuki tentera pada tahun 1944 namun dimasukkan ke Monument Men disebabkan dia mampu berbahasa Jerman.

Selepas pihak Nazi mencuri hasil-hasil seni ini, sebahagian daripadanya telah disorokkan sekitar Eropah. Hasil seni ini dikatakan telah disorakkan di dalam gua, bank vaults, istana yang telah ditinggalkan dan juga di dalam lombong bijih timah. Antara tempat yang berjaya mereka jejaki adalah di sebuah istana terbiar di Neuschwanstein. Mereka mengambil masa hampir setahun bagi mengosongkan istana ini yang penuh dengan hasil seni yang dicuri oleh pihak Nazi. Dikatakan hampir 49 gerabak kereta api digunakan untuk mengisi hasil seni yang mereka jejaki semula daripada istana ini.

Selain memastikan mereka mendapat kembali hasil seni yang telah dicuri oleh pihak Nazi, Monument Men juga bertindak dalam memastikan beberapa bangunan sejarah tidak dihancurkan ketika pihak tentera sedang bertempur dengan tentera Nazi. Walaupun mereka tidak mempunyai latihan mencukupi, mereka selalunya terpaksa mengangkat senjata bagi membantu pihak tentera melawan tentera Nazi.

Selain memastikan mereka berjaya mendapatkan kembali hasil seni yang telah dicuri oleh pihak Nazi, mereka juga terpaksa memastikan tentera Soviet dari Rusia juga tidak dapat mengambil hasil seni ini kerana kebanyakan hasil seni ini telah disorokkan di dalam kawasan tentera-tentera Soviet Union!

Selepas hasil seni ini berjaya dijumpai, mereka harus membawa semua hasil seni ini ke ibu pejabat Monument, Fine Art, and Archives program yang terdapat di Munich, Wiesbaden dan Offenbach untuk dikenalpasti. Selepas dikenalpasti, hasil seni ini akan dihantar semula ke negara yang sepatutnya ia berada.

Sehingga hari ini, beberapa hasil seni yang telah disorok oleh tentera Nazi masih masih belum dijumpai dan mereka masih lagi meneruskan misi untuk memastikan mereka berjaya mendapatkan semula semua hasil-hasil seni ini dan kembalikannya kepada negara yang sepatutnya!

KATALAKI: Pada tahun 2014, sebuah filem yang diadaptasi daripada peristiwa ini telah dikeluarkan. Ia dinamakan sebagai The Monument Men dan dibintangi oleh George Clooney!

Last modified: 3 December 2019