Simbol Amaran Kereta Yang Wajib Tahu

Sembang

Tak kisah la lelaki atau perempuan, tua atau muda, semua orang boleh pandu kereta, betul? Dengan syarat korang kena la ada lesen memandu. Bila timbul je masalah-masalah kecil yang berlaku masa tengah memandu kereta, perempuan lebih cepat cemas berbanding lelaki disebabkan tak berapa tahu sangat pasal kereta. Tapi lelaki pun ada je yang tak berapa tahu pun pasal kereta walaupun benda-benda basic.

Lepas korang baca artikel ni, tolong campak artikel ni kat member korang, tak kisah la lelaki ke perempuan ke, untuk lebih faham apa makna setiap simbol yang keluar kat dalam kereta. Mari!

Suhu Enjin

Kalau simbol ni keluar, mungkin korang punya kereta melebihi suhu yang sepatutnya. Kereta overheat la senang cerita. Mungkin water coolant dekat enjin kereta korang kurang. Bila simbol ni keluar, jangan terus pergi buka pula bonnet depan kereta. Berhenti kat tepi dengan selamat, bagi kereta cool down, lepas tu baru la check water coolant kurang ke tak. Kalau tak tahu nak buat apa, terus call je mechanic.

Bateri

Kalau simbol ni pula yang keluar, bateri kereta korang mungkin semakin lemah. Walaupun kereta korang boleh lagi start dan bergerak macam biasa kalau simbol ni keluar, tapi lebih baik korang terus pergi tukar bateri yang baru. Kalau biar je simbol ni keluar, nanti korang kat luar tengah dating dengan chinggey tiba-tiba kereta tak boleh start, lagi menyusahkan.

Airbag

Kalau korang tengah drive dan simbol ni menyala je, maknanya sistem airbag kereta korang mungkin ada masalah. Jangan pandai-pandai nak bogelkan kereta korang betulkan sendiri. Sistem airbag hanya boleh dibetulkan oleh orang yang memang pakar dalam teknologi airbag sahaja. Korang boleh bawa kereta korang ke pusat servis jenama kereta yang korang pakai untuk selesaikan masalah ni.

Engine Management System

Bila simbol ni menyala, korang cepat-cepat la menuju ke bengkel berdekatan. Enjin korang mungkin bermasalah. Kalau dibiarkan simbol ni menyala lama-lama, takut boleh merosakkan lagi enjin kereta korang. Dah tak pasal-pasal kena overhaul enjin.

Handbrake

Kalau kereta dah bergerak pun simbol ni masih lagi menyala, maknanya korang lupa untuk turunkan handbrake. Kalau tak turun handbrake, korang akan rasa kereta korang berat je jalan. Sebelum nak tekan pedal minyak tu, make sure check dulu handbrake dah turun ke belum. Kalau handbrake dah turun, tapi masih menyala, mungkin minyak brek kereta kurang. Sila lah ke bengkel berdekatan untuk check dan topup minyak brek.

KATALAKI: Tip penting, make sure dalam contact korang ada member yang memang power pasal kereta atau mechanic yang korang memang dah kenal.

Last modified: 22 January 2019