Simo Hayha – Penembak Tepat Paling Digeruni!

Sembang

Pada akhir perang dunia kedua yang berlaku pada 1939, Josef Stalin telah menghantar lebih 500,000 orang tentera Rusia disempadan Finland. Tujuannya hanya satu, untuk menceroboh masuk ke Finland dan kemudiannya menakluki negara tersebut.

Selama tiga bulan, kedua-dua negara ini berperang dan satu benda yang mengejutkan adalah Finland berjaya mematahkan serangan Josef Stalin dan ini telah membuatkan pihak Rusia berundur daripada sempadan Finland. Perkara ini sangat mengejutkan Josef Stalin kerana baginya, Finland adalah negara paling mudah untuk dia serang dan tentera yang Finland ada cuma seramai 300,000 berbanding Rusia yang menghantar seramai 750,000 orang tentera!

Kelengkapan perang pun kalau nak dibandingkan dengan Rusia, Finland cuma ada beberapa buah kereta kebal dan kurang daripada 100 buah kapal terbang perang. Rusia pula ketika itu menghantar 6,000 kereta kebal dan lebih daripada 3,000 buah kapal terbang perang!

Tapi Finland mempunyai sesuatu yang Rusia tak ada iaitu seorang peladang yang kemudianya diangkat sebagai penembak tepat paling berbahaya di dunia iaitu Simo Hayha! Seperti rakyat Finland yang lain, Simo telah mendapat latihan ketenteraan sejak umurnya belasan tahun lagi.

Selepas habis latihan, dia telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang peladang di kampung halamannya. Dia sememangnya terkenal dengan kehebatan menembaknya dan dia juga suka memasuki pertandingan menembak di kampungnya tapi tiada siapa pun yang tahu kehebatan sebenar Simo akan diuji tidak lama lagi.

Semasa askar Stalin dilihat memasuki Finland, Simo telah dipanggil semula untuk berkhidmat. Dia telah membawa senapang antik miliknya yang dibuat di Rusia tanpa apa-apa telescopic lens untuk pergi melaporkan diri ke kem tentera.

Bersama-sama rakan-rakan tenteranya yang lain, Simo telah diberikan all-white camouflage bagi memudahkan dia bersembunyi dalam salji. Ini turut memudahkan dia melakukan serangan hendap apabila tentera Rusia memasuki tempat dia berkawal.

Berbekalkan senapang lama dan beberapa biji peluru, dia terus masuk ke dalam hutan bagi mencari tempat yang sesuai untuk dia bersembunyi. Simo lebih suka bergerak berseorangan bagi menyukarkan tentera Rusia mengesan pergerakan dan tempat persembunyiannya.

Sepanjang Winter War berlaku yang mana telah memakan masa lebih kurang 100 hari, Simo telah berjaya membunuh 500 ke 542 orang tentera Rusia dengan hanya menggunakan senapang lamanya! Boleh dikatakan semua rakan tentera yang lain menggunakan senapang yang lebih bagus daripada Simo namun ketepatan tembakan mereka langsung tidak boleh challenge ketepatan tembakan Simo.

Salah satu sebab kenapa dia tidak mahu menggunakan senapang baru seperti rakan-rakannya adalah kerana apabila terkena cahaya matahari, lens yang terdapat pada senapang baru itu akan berkilau dan ini akan membuatkan musuh tahu dimana kedudukkan mereka!

Selain menggunakan baju camouflage untuk mengelakkan dia dikesan, Simo juga turut membina tembok kecil daripada salji. Tembok ini juga digunakan untuk padding untuk dia meletakkan senapangnya supaya dia boleh menembak dengan lebih tepat. Selain itu, dia juga menggunakan salji dan meletakkannya pada mulutnya bagi menghalang nafasnya dilihat oleh musuh semasa dia sedang bersembunyi.

Semasa peperangan ini berlaku, kehebatan Simo telah diketahui oleh pihak tentera Rusia dan mereka telah menggelarkan dia sebagai The White Death. Selain itu, kisah kehebatannya juga telah dicanang di seluruh Finland dan ada yang menganggap Simo sebagai guardian spirit yang dihantar untuk melindungi mereka.

Cerita kehebatannya juga telah sampai ke Finnish High Command dan mereka telah memberikan Simo sebuah custom-build sniper rifle. Malangnya 11 hari sebelum peperangan ini tamat, Simo telah berjaya ditembak oleh seorang tentera Rusia. Satu tembakan telah terkena pada rahang Simo dan telah membuatkan dia koma selama 11 hari.

Dia berjaya diselamatkan namun disebabkan kecederaannya, ketepatan tembakannya tidak lagi seperti dulu. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk betul-betul sembuh dan kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi seorang petani kembali sehinggalah dia mati pada usia 96 tahun.

KATALAKI: Lebih 500 orang wey dia bunuh guna senapang buruk!

Last modified: 27 November 2019