SIMULACRA – Mobile Horror Game Dari Malaysia!

Game

Agak jarang kita nak tengok permainan video yang dibuat oleh orang Malaysia lagi-lagi permainan video yang bertemakan horror.

So sempena Halloween ni, kitorang nak share satu mobile game yang dibuat oleh orang Malaysia dan mendapat pujian yang tinggi daripada gamer-gamer dalam negara dan juga luar negara!

SIMULACRA merupakan satu mobile game seram yang dikeluarkan oleh Kaigan Games, sebuah studio game indie dari Malaysia.

SIMULACRA bermula bila korang sebagai pemain terjumpa sebuah handphone. Selepas korang cuba untuk unlock handphone itu tadi, korang dapat tahu yang handphone ini adalah kepunyaan seorang wanita bernama Anna.

Dari situ korang terjumpa satu video didalam handphone itu tadi yang memaparkan Anna dalam keadaan panik dan dari situ bermula pengalaman ngeri kepada pemain.

Korang kene menyelesaikan beberapa puzzle dalam cuba menyiasat apa yang telah terjadi kepada Anna dan siapakah orang jahat yang sebenar.

Sebelum ini Kaigan Games juga pernah mengeluarkan permainan video yang lebih kurang sama yang diberi nama SIM: Sara Is Missing yang turut mendapat pujian dari semua gamer dari dalam dan juga luar negara.

Kedua-dua permainan video ini jugak telah dimainkan oleh Gaming Youtuber terkenal luar negara iaitu Markiplier dan juga Jacksepticeye di Youtube channel mereka.

Korang juga boleh mainkan permainan video SIMULACRA ini di PC korang dengan membelinya di Steam ataupun dapatkannya di Google Playstore dan juga Apple App Store.

KATALAKI: Harap-harap lepas ni lebih banyak orang Malaysia yang akan keluarkan video games tak kiralah game seram atau genre apa sekali pun

Last modified: 23 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *